Anda Tidur Berdengkur? Baca 12 Tips Mengatasinya
Adakah anda tidur berdengkur atau mempunyai pasangan suka berdengkur?
Apabila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah berdengkur?
Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur disebabkan terlalu lena dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru seketika disorongkan bantal!Berdengkur adalah satu bunyi bising yang dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat.
Mereka yang berhadapan dengan masalah tidur berdengkur biasanya akan mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Mereka juga mudah tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik. Keadaan ini sangat membahayakan.
Jom, semak punca-punca tidur berdengkur
Gejala berdengkur terjadi kerana:
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal.
- Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
- Saluran pernafasan tersekat.
- Merokok.
- Radang amandel (tonsilitis)
- Posisi tidur
- Kelebihan berat badan
12 Tips Mengurangkan Dengkuran
1.Gunakan bantal yang lebih
Pastikan anda meletakkan kepala anda pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini bertujuan untuk membuka saluran pernafasan anda dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat sekaligus menyebabkan anda berdengkur.
2.Bahan pendingin
Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan bahan pendingin seperti (vicks) sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan meningkatkan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur. Anda juga dinasihatkan untuk menyapukan vicks pada bahagian dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.
3.‘Nasal strips’
Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan anda berdengkur, anda juga boleh menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.
4.Tidur dalam keadaan mengiring
Posisi tidur dalam keadaan mengiring juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan anda untuk membuatkan anda berasa selesa untuk tidur. Ini juga adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan dengkuran anda.
5.Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda memastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda. Cara ini dapat mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.
6.Berurut
Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan juga dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.
7.Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
8.Kenal pasti alahan anda pada sesuatu jenis makanan
Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.
9.Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, segeralah berjumpa dengan pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong adalah punca dengkuran terjadi. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.
11.Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.
12.Hindari ubat penenang atau sedatif
Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan,boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
Info Ekstra!
Kelebihan buah badam untuk mengatasi masalah berdengkur
Ada petua untuk orang yang mengalami masalah tidur berdengkur iaitu gunakanlah kelebihan buah badam.
Cara-caranya:
1. Sediakan 7 biji buah badam.
2. Tumbuk kesemua badam tu sampai lumat.
3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.
4. Kepada yang ada masalah berdengkur, bolehlah minum air tersebut.
Kredit foto: best-snoringremedies
<< Jom ketahui tips amalan gaya hidup yang lebih sihat di sini..
No Comment