Ketahui Cara Pemakaian Bra Silikon Yang Selamat
Kredit: womanshub
Bra Silikon. Pastikan Bra Silikon Yang Dipakai Dengan Cara Yang Betul. Ternyata kini penggunaannya semakin digemari kerana dikatakan mampu memberikan efek tegang dan besar pada payudara.
Bra silikon dibuat dengan bahan utamanya iaitu silikon sehingga membuatkan bra tersebut tidak sepenuhnya selamat dipakai. Silikon yang terdapat pada bra tersebut boleh bocor dan masuk ke dalam tubuh melalui pori-pori kulit atau memberikan kesan sampingan pada kulit.
Jika anda suka memakai bra silikon atau ingin cuba memakainya, ketahui beberapa cara agar penggunaannya selamat dan sihat.
- Ukuran Bra Silikon Mestilah Tepat
Pastikan anda memilih dan memakai bra silikon ini dengan ukuran yang tepat. Tidak terlalu besar, longgar dan tidak terlalu ketat atau kecil.
- Pastikan Tidak Ada Bahagian Bra Yang Bocor
Pastikan tidak ada bahagian cup bra yang bocor, sehingga membuatkan risiko silikonnya keluar.
- Mandi Sebelum Memakai Bra Silikon
Sebelum memakai bra tersebut, pastikan anda mandi dengan bersih untuk menghilangkan kotoran dan peluh yang boleh menjadi sarang pembiakan bakteria. Setelah bersih, jangan lupa mengeringkannya.
- Jangan Memakainya Lebih Daripada 8 Jam
Terdapat beberapa sumber mengatakan, pemakai bra silikon dinasihat tidak memakainya lebih daripada lapan jam. Alasannya, isi daripada bra silikon yang memberi sokongan dan rasa tegang boleh menyebabkan iritasi pada kulit si pemakai.
- Pastikan Bra Sentiasa Bersih Dan Gantinya Secara Berkala
Anda harus tahu, lapisan luar dari bra silikon diperbuat daripada plastik. Ketika menyentuh kulit, maka peluh, debu dan bau boleh melekat pada permukaan plastik. Jadi, sebaiknya tukar bra silikon setelah penggunaan aktif selama dua tahun. Ia akan membuatkan bra silikon anda bebas daripada bakteria.
<< Ketahui kebaikan tidur apabila anda tidak pakai bra di sini.
No Comment