KewanitaanSihat

Semak! Cara Mandi Wajib Yang Betul

CARA MANDI WAJIB PEREMPUAN - women online magazine

Mandi wajib atau juga turut dikenali sebagai mandi junub atau janabah selalunya dipandang mudah oleh sesetengah orang.

Tapi tahukah anda, ada yang mengatakan ramai umat Islam yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan cara yang betul.

Antara sebab mandi wajib tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.

 

Rukun mandi wajib ada 3 perkara iaitu:

1. Niat

Niat mandi wajib yang biasa:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

 

“Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

 

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

“Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

 

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

“Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.”

 

Jika niat itu dilambatkan atau dimulakan setelah anda membasuh salah satu anggota badan, maka mandi wajib anda akan tidak sah. Sekiranya anda berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu anda haruslah memulakan kembali niat mandi wajib tersebut seiringdengan air mula-mula sampai ke anggota badan.

 

2. Menghilangkan najis di badan

Basuh dan gosokkan badan anda daripada kotoran dengan betul.

 

3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir

Ratakan air ke seluruh anggota badan meliputi kulit, rambut dan bulu-bulu yang ada di badan. Pastikan anda menguraikan rambut anda sekiranya anda bertocang atau bersanggul.

 

Sebab Anda Perlu Mandi Wajib

 

Perkara Sunat Ketika Mandi Wajib

  • Mengadap kiblat.
  • Membaca bismillah.
  • Membasuh dua tapak tangan.
  • Mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi.
  • Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan.
  • Berturut-turut tanpa putus-putus.
  • Tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan.
  • Membasuh sebanyak tiga kali.

 

Cara Mandi Wajib Yang Betul

1. Mulakan dengan membaca Bismillah, kemudian basuh kedua-dua tangan anda sebanyak dua atau tiga kali.

2. Selepas itu,basuhkan kemaluan anda dengan menggunakan tangan kiri. Tujuannya untuk menghilangkan najis atau kotoran yang ada pada tubuh.

3. Setelah itu ambil wuduk seperti yang biasa dilakukan

4. Niat mandi wajib.

5. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu. Ratakan air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

6. Setelah selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula bermula dari leher hingga bawah. Sunat menjiruskan bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan sebelah kiri.

7. Semasa anda mandi, pastikan anda menggosok badan anda terutamanya di bahagian-bahagian yang berlipat.

8. Akhir sekali,basuhlah kedua-dua kaki anda dan jangan lupa untuk menggosok di celah-celah jari.

 

Info Ekstra!

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi tetapi ia akan membatalkan wuduk. Jika anda menyentuh kemaluan semasa anda mandi wajib,tetapi ia dilakukan dengan tujuan untuk meratakan air ke bahagian kemaluan,maka anda tidak perlulah mengulangi wuduk kerana sentuhan tersebut dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib.Namun, jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air samada semasa mandi atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah anda wajib mengambil wuduk kembali selepas mandi.

Kredit foto: rainfresh

<< Ketahui kenapa wanita perlu pakai bra di sini.

 

 

 

 

 

Previous post

17 Tips Kempiskan Perut Buncit & Menggeleber Selepas Bersalin

Next post

Semak!10 Petua Mudah Bersalin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *