KewanitaanSihat

5 Cara Mengatasi Vagina Longgar Agar Kembali Menyengat!

vagina longgar - woman online magazine

Kredit : bp.blogspot

Vagina Longgar? Macam mana tu?

Seiring dengan pertambahan usia, bukan hanya kulit wajah yang mengalami penuaan.Malahan, kemantapan otot vagina juga berkurangan.Keadaan vagina longgar memang boleh memberikan pengaruh besar ketika anda melakukan hubungan seksual.Otot vagina longgar boleh disebabkan oleh banyak perkara, di antaranya kehamilan dan setelah melahirkan bayi. Anda boleh bayangkannya, bagaimana kepala bayi yang keluar melalui vagina ketika proses melahirkan. Proses luar biasa itu sememangnya boleh menyebabkan otot punggung menjadi kendur. Disebabkan otot vagina longgar atau kurang kemantapan, vagina menjadi tidak ‘mencengkam’ serta tidak mengalami sensasi ketika anda dan suami melakukan hubungan seksual.

 

Berikut berberapa cara mudah menjaga vagina agar tetap ‘mencengkam’ yang boleh anda praktik.

1. Rajin Melakukan Senaman Kagel

Senaman kagel adalah cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk menjaga vagina agar terus ‘mencengkam’.Lakukan senaman kagel dengan betul, iaitu dengan ‘mengemut’ otot dasar di bahagian pelvik selama lima saat, kemudian melepaskannya dan relaks. Lakukan sebanyak 100 kali kemutan, tiga kali sehari.

 

2. Aktif Melakukan Aktiviti Seks

Hubungan intim diperlukan oleh vagina untuk mendapatkan stimulasi dan meningkatkan pengaliran darah menuju ke kawasan alat sulit. Setelah itu, otot-otot disekitarnya pasti akan berubah. Pengaliran darah sangat penting untuk keghairahan dan ‘kebasahan’ yang maksimum. Namun,aktiviti ini semakin pudar seiring dengan pertambahan usia sedangkan sperma daripada suami anda akan memberikan efek anti penuaan yang sangat luar biasa buat tubuh dan wajah anda.

 

3. Pilih Posisi Anda Di atas

Posisi ketika melakukan hubungan intim juga boleh menentukan apakah vagina anda akan cepat tua atau tidak.Jadi, lebih baik anda pilih posisi di atas. Ini adalahlah kerana jika di atas anda yang akan mengemudi dan menjadi lebih mudah untuk anda mengontraksi atau mengemut otot vagina ketika berada di atasnya sewaktu melakukan hubungan intim.

 

4. Elakkan Berbasikal Dalam Jarak Jauh

Hati-hati ketika gesekan dan gerakan dalam tempoh yang agak lama di kawasan pangkal paha kerana ia boleh membuatkan otot vagina menjadi elastik dan longgar. Sebaiknya, anda pilih sahaja aktiviti sihat yang lain seperti berenang, menari dan sebagainya.

 

5. Pilih Pembersih Vagina Yang Ringan

Setiap hari kawasan vagina memang perlu dibersihkan. Pastikan anda memilih pembersih vagina yang sesuai dan selamat digunakan.Selain itu, jangan menggosok bibir vagina terlalu kuat dan berulang-ulangkali kerana ia boleh melecet memandangkan lapisan labia adalah sangat nipis.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui keajaiban buah manjakani untuk kenikmatan hubungan suami isteri di sini.

 

 

Previous post

Ketahui Penyebab Sebenar Jangkitan Solekan Mata

Next post

Semak,Makanan Kucing Terbaik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *