KewanitaanSihat

Cara Terbaik Menjaga Payudara

cara menjaga payudara - woman online magazine

Kredit : lifecoach2women

Anda berpuas hati dengan ukuran payudara anda? Kecil atau besar, kini ukuran payudara bukan segalanya. Apa Yang Penting Adalah Cara Anda Menjaga Payudara!

Menjaga kesihatan payudara adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua wanita.

Berikut adalah langkah penting atau cara menjaga payudara agar kekal sihat dan cantik.

 

  1. Pakai Bra/Coli Yang Tepat Dengan Ukuran Payudara

Ramai di antara kita yang sebenarnya masih menggunakan bra dengan ukuran yang tidak tepat. Sedangkan perkara ini boleh menyumbang kepada bentuk dan struktur kulit payudara.Menggunakan bra dengan ukuran yang salah membuatkan payudara cepat kendur, posture tubuh menjadi tidak cantik serta sakit belakang.Selain itu,ia juga boleh menimbulkan kesan melecet dan ruam pada kulit sekitar payudara.

 

  1. Teliti Soal Pemakanan

Tubuh terdiri daripada nutrisi yang dimakan. Ini bermakna pola makan yang kurang nutrisi, vitamin dan mineral boleh mempengaruhi kesihatan organ dan kulit. Keledek dan bayam kaya dengan vitamin A dan sangat baik dimakan. Ia membantu menyihatkan kulit di sekitar kawasan payudara serta bahagian lain dari tubuh. Vitamin C dan E yang terkandung juga sangat bagus untuk proses pengeluaran kolagen pada kulit.

 

  1. Pakai Pelembab

Bukan hanya muka sahaja yang perlu diperhatikan kelembabannya sahaja. Payudara juga begitu. Ini adalah kerana payudara yang terus menerus terkena gesekan daripada pakaian boleh menjadi kering dan iritasi. Oleh sebab itulah, payudara juga penting diberikan pelembab.

 

  1. Kenali Petanda Kanser Payudara

Carilah informasi sebanyak mungkin tentang kanser payudara serta gejala-gejala nya yang mudah dikenali. Ia akan membuatkan anda menjadi lebih peduli dengan keadaan payudara anda.Dengan mengetahui tanda-tanda dan gejala kanser payudara ia dapat membantu menyelamatkan hidup anda.

 

Info Ekstra

4 Ciri Payudara Anda Sihat

  • Kulit payudara anda lembut dan tidak anda benjolan.
  • Tidak sakit apabila disentuh atau ditekan.
  • Puting payudara terasa keras.
  • Warna puting payudara. Jika anda berkulit putih – puting berwarna pink. Jika anda berkulit gelap – puting berwarna kecoklatan. Warna coklat ini semakin kontras setelah anda beranak dan menyusukan bayi.

<< Ketahui manfaat masker payudara serta cara membuatnya di sini.

Previous post

Ketahui Cara Mudah Memutihkan Lutut Yang Hitam

Next post

Tips Diet Buat Bakal Pengantin Yang Mahu Wajah Berseri Di Hari Perkahwinan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *