ProblemSihat

Ketahui Jangka Hayat Sperma Boleh Hidup

Jangka Hayat Sperma - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Jangka Hayat Sperma. “Berapa lama sperma boleh hidup? Dan berapa lama ia mati?”

Berapa lama sperma mampu bertahan untuk hidup bergantung pada beberapa faktor, paling penting adalah di mana sperma itu berada. Misalnya, pada permukaan yang kering seperti melekat di pakaian atau tempat tidur. Sperma mati pada ketika air mani tersebut menjadi kering.

Tetapi, jika di dalam air, contohnya di dalam tab mandi berisi air suam, sperma cenderung hidup lebih lama kerana sperma hidup dalam persekitaran yang basah dan suam. Namun, sangat rendah potensi yang boleh menunjukkan sperma di dalam tab mandi tersebut akan menemui jalan ke rahim wanita dan menyebabkan kehamilan.

Di dalam tubuh wanita, sperma boleh bertahan hidup sehingga lima hari. Namun semua itu bergantung pada keadaan di dalam tubuh wanita. Jika anda melakukan hubungan seks tanpa alat pelindung kehamilan, walaupun beberapa hari sebelum menstruasi, tetap ada kemungkinan terjadinya kehamilan.

 

Berapa banyak sperma diperlukan untuk hamil?

Tahukah anda dengan hanya satu sel sperma ia mampu membuahi sel telur sehingga terjadinya kehamilan. Namun untuk setiap sel sperma yang mencapai dan membuahi sel telur, terdapat jutaan sel sperma yang tidak berhasil mencapai dan membuahi sel telur. Dalam sekali ejakulasi, paling kurang ada 200 juta sperma yang keluar.

 

Mengapa begitu banyak sel sperma yang dikeluarkan sedangkan hanya satu sel sperma sahaja yang diperlukan untuk kehamilan?

Ini adalah kerana, untuk mencapai sel telur, perjalanan sperma dari vagina ke saluran tuba merupakan perjalanan yang sukar dan hanya sedikit sperma yang dapat bertahan untuk hidup. Bagi sperma yang berjaya mengharungi cabaran perjalan tersebut, proses persenyawaan sel telur oleh sperma juga melalui jalan yang sukar.

Sel telur ditutupi oleh lapisan tebal yang membuatkan proses pembuahan sukar terjadi. Proses ini mungkin adalah saringan semulajadi supaya hanya sel sperma yang sihat sahaja dapat membuahi sel telur, sehingga memberikan peluang terbaik untuk menghasilkan bayi yang sihat dan sempurna. Sperma diibaratkan sebagai benih. Sperma juga memiliki ciri untuk menentukan mana ciri sperma yang baik dan sperma yang kurang baik.

 

Baca Juga: Ciri Air Mani Sihat

 

Sperma yang baik dan normal memiliki susunan tubuh, kepala, leher, badan dan ekor yang sempurna. Di dalam kepala sperma terdapat inti sel atau nucleus yang mengandungi 23 kromosom. Badan sperma atau bahagian tengah sperma mengandungi ‘mitokodria’ yang bertugas menyediakan energy untuk bergerak dan berenang.

Sperma berenang lebih cepat kerana dibantu oleh lendir serviks, cecair yang dia dihasilkan oleh sistem reproduksi wanita. Cecair ini juga melindungi dan menyediakan ruang yang menguntungkan buat sperma. Dari leher rahim, sperma berenang ke rahim dan akhirnya sampai ke tuba fallopi, di mana ia dibuahi.

 

Info Ekstra

Lelaki, Sila Ambil Perhatian!

Cara Untuk Meningkatkan Kesihatan Sperma

  • Hindari rokok dan ubat-ubatan terlarang, terutama yang mengandungi steroid.
  • Hindari terkena paparan bahan beracun dan sebagainya.
  • Menjauhi pengambilan minuman keras.
  • Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
  • Menjaga berat badan anda agar tetapi sihat dan ideal.
  • Hindari berendam atau mandi air suam.
  • Elakkan memakai seluar yang ketat atau sempit.
  • Sebaiknya pakai boxer daripada seluar dalam.
  • Melakukan senaman di tempat fitness bukan hanya akan membuatkan badan anda menjadi ‘six pack’, malah membantu sperma anda tumbuh lebih kuat.
  • Perbanyakkan pengambilan tauge. Boleh dimakan secara mentah atau diseparuh masak. Taugeh baik untuk kualiti atau jumlah sperma. Jadi, makanlah banyak-banyak, tiada efek sampingan.

Jom SHARE artikel ini.

<< Ketahui faktor-foktor yang menyebabkan wanita lambat mengandung. Klik di sini.

 

Previous post

Miliki Perut Rata Dalam Tempoh 20 Hari!

Next post

Mesti Baca! 6 Kebaikan Labu Kuning Untuk Kesihatan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *