ProblemSihat

Wanita Berkulit Cerah Perlu Peka, Anda Lebih Mudah Terkena Kanser Kulit

kanser kulit - women online magazine

Kanser kulit adalah pertumbuhan sel-sel pada kulit di tahap yang tidak normal. Kanser kulit biasanya tumbuh di epidermis iaitu lapisan paling luar kulit sehingga menjadi tumor iaitu benjolan yang boleh dilihat menggunakan mata kasar.

Kanser kulit merupakan salah satu kanser yang mempunyai risiko kematian yang rendah. Ini adalah kerana kulit tidak mengganggu organ dalaman yang penting seperti paru-paru, jantung dan buah pinggang.Tiga jenis kanser kulit yang utama adalah basal cell carcinoma, squamous cell carcinom dan melanoma. Melanoma merupakan kanser kulit yang paling bahaya di mana ia akan membesar dan merebak ke organ badan yang lain dengan cepat.

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan kanser kulit. Antaranya ialah:

  • Terdedah pada sinaran ultraungu secara berlebihan

Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari boleh merosakkan DNA dan menyebabkan jangkitan kanser kulit. Semakin lama anda terdedah dengan sinaran ultraugnu, semakin tinggi risiko anda mendapat kanser kulit.

Individu yang mempunyai jenis kulit yang cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding individu yang gelap warna kulitnya.

  • Faktor genetik

Terdapat beberapa jenis penyakit genetik yang menyebabkan pesakit lebih sensitif kepada sinaran matahari. Contohnya bagi pesakit yang menghidap penyakit xeroderma pigmentosum, mereka tidak dapat memulihkan sel-sel kulit yang rosak selepas terdedah kepada sinaran matahari kerana kekurangan mekanisma untuk memperbaiki DNA yang rosak berbanding dengan orang normal. Hal ini menyebabkan kulit pesakit sangat sensitif dan menjadi terbakar jika terdedah kepada sinaran matahari.

  • Daya ketahanan badan yang rendah

Pesakit yang pernah mendapatkan rawatan selepas pemindahan organ mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit barah kulit.

Jangkitan virus ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan barah terutamanya kanser vulva dan kanser zakar.

  • Terdedah kepada arsenik dan radiasi

Bahan kimia seperti arsenik boleh meningkatkan lagi risiko seseorang untuk mendapat kanser kulit. Sumber lain keracunan arsenik adalah dari ubat-ubatan tradisional. Selain itu, pendedahan terhadap sinar pancaran radiasi juga meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.

Merokok juga berhubungkait dengan kanser kulit

Individu yang mempunyai ulser yang tidak sembuh selepas bertahun-tahun ataupun parut yang mungkin mempunyai kecenderungan untuk menjadi kanser kulit pada jangka masa yang panjang.

Kanser kulit lebih cenderung terjadi di bahagian badan seperti muka, kepala, leher, serta lengan. Ini disebabkan oleh bahagian tersebut tidak dilindungi dan terdedah terus kepada sinaran matahari.

Kanser kulit mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Ini termasuklah perubahan pada kulit yang tidak boleh sembuh, ulser, perubahan warna dan perubahan bentuk tahi lalat yang sedia ada. Kanser kulit mungkin berdarah pada bahagian tengah dan seterunya membentuk ulser yang bernama rodent ulcer.

Squamous cell carcinoma pula berwarna merah dan berbentuk seperti tidak sekata. Ia sakit apabila disentuh dan boleh juga membentuk ulser.

Melanoma biasanya berwarna gelap atau hitam walaupun kadangkala mempunyai warna coklat terang. Permukaan kanser ini biasanya tidak sekata. Diameter kanser kulit ini biasanya melebihi 6mm.

Rawatan

  • Rawatan kanser kulit bergantung kepada jenis kanser kulit, lokasi, saiz dan umur pesakit.
  • Basal cell carcinomaboleh dirawat dengan cara pembedahan. Jika kanser ini tidak dapat dibedah sepenuhnya disebabkan oleh lokasi yang berhampiran dengan mata, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi. Kaedah rawatan lain untuk kanser ini termasuklah cryotherapy, kemoterapi setempat dan topical photodynamic therapy.
  • Untuk squamous cell carcinomapula, pembedahan boleh dijalankan. Jika tidak dapat dibedah, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi.
  • Oleh kerana melanomatumbuh dan merebak dengan cepat ke arah organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, pesakit perlu melalui proses staging dan CT scan serta biopsi kelenjar limpa.
  • Jika kanser ini tidak merebak, ketumbuhan boleh dibedah dengan sepenuhnya bersama sebahagian kulit yang normal. Jikalau kanser ini sudah merebak, rawatan kemoterapi akan diberikan walaupun kebiasaannya ia tidak berkesan.
  • Teknik Mohs adalah sejenis pembedahan istimewa yang digunakan bagi kanser kulit. Kegunaannya adalah untuk membuang semua tisu yang mempunyai kanser. Disamping itu, kaedah ini digunakan untuk membuang ketumbuhan yang besar, ketumbuhan di tempat yang sukar diubati, dan kanser yang berulang.

 

Langkah Pencegahan

Kejadian kanser kulit pada seseorang dapat dikurangkan dengan beberapa langkah seperti berikut:

  • Kurangkan dari terdedah kepada pancaran matahari terutamanya individu yang mempunyai warna kulit yang cerah.
  • Mengelakkan dari terdedah dengan pancaran matahari pada waktu yang mempunyai kadar UVyang tinggi iaitu dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
  • Memakai pakaian berlengan panjang serta memakai topi apabila melakukan aktiviti di bawah pancaran matahari.
  • Menggunakan krim pelindung matahari (topical sunscreen) yang dapat menghalang pancaran UVAdan UVB satu jam sebelum terdedah kepada pancaran matahari
  • Penggunaan aksesori lain seperti kaca mata hitam sangat penting ketika individu tersebut terdedah dengan cahaya matahari yang terik.
  • Mengamalkan diet sihat setiap hari dengan mengambil lebih banyak sumber sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan tubuh sihat.
  • Pencegahan awal lebih baik kerana tiada ubat untuk merawat kanser kulit ini.
  • Rawatan dilakukan hanya untuk melanjutkan usia pesakit.

Kredit foto: cloudfront.net

<< Ketahui 7 punca tangan sering berasa kebas di sini. 

 

Previous post

Gula Batu Mengandungi Zat Pelembut Yang Mampu Menanggalkan Sel-Sel Kulit Mati

Next post

Intai 7 Tempat Menarik & Seronok Dilawati Di Kota Kinabalu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *