KewanitaanSihat

Ketahui 8 Jawapan, Kenapa Anda Susah Hamil

Kenapa Susah Hamil - Woman online magazine

 

Kredit :

sheknow

 

Mempunyai zuriat atau keturunan adalah salah satu tujuan orang mendirikan rumahtangga. Mengandung atau hamil adalah jalan utama untuk mendapatkan anak.

Ada di antara pasangan yang baru berkahwin terus mengandung, ‘bunting pelamin’.Namun, ada yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih belum juga mengandung. Kenapa susah hamil?

Ada beberapa tanda dan penyebab kenapa wanita dan pasangannya susah hamil dan sukar untuk menimang cahaya mata. Bagi anda yang yang sudah cuba bermacam-macam cara, namun tetap juga tidak berhasil, jangan menyerah kalah. Pasti ada jalan jika anda terus berusaha,berikhtiar serta berdoa. Di samping itu, anda juga perlu mengetahui beberapa faktor yang menyebabkan anda susah hamil.

  1. Faktor Usia

Umur seseorang ketika merancang kehamilan sangat mempengaruhi. Wanita yang sudah berumur, lebih 40 tahun susah hamil kerana sel telur mereka sudah sedikit dan sel telur yang dihasilkan juga kurang sihat berbanding ketika usia wanita itu  di bawah 30 tahun. Sel telur wanita pun semakin berkurang setiapkali mereka mengalami menstruasi. Lama-kelamaan ia habis, dan setelah menopause, sudah pasti menjadi penyebab kenapa wanita susah hamil.

  1. Akibat Terlalu Kurus

Tanda dan penyebab wanita susah hamil juga boleh terjadi kerana disebabkan terlalu kurus. Wanita yang terlalu kurus biasanya sering mengalami gangguan kitaran haid. Menurut John Norian, M.D., doktor pakar kesuburandi Loma Linda University’s Center for Fertility, California, kurangnya lemak boleh memperlambatkan pengeluaran hormon-hormon yang diperlukan untuk ovulasi, termasuk hormon estrogen. Estrogen dan testosteron, yang merangsang pengeluaran sperma berasal dari kolesterol. Jadi sedikit lemak bagus untuk wanita hamil.

  1. Kegemukan (Obesiti)

Wanita yang dipenuhi dengan timbunan lemak dikatakan sukar hamil. Ini adalah kerana timbunan lemak tersebut boleh menganggu gerak kerja organ tubuh, termasuklah organ peranakan itu sendiri. Tingginya kadar kolesterol akan menganggu keseimbangan hormon sehingga mengacau jadual kitaran menstruasi. Haid  anda adakalanya  terlambat datang, atau bahkan sama sekali tidak datang dalam beberapa bulan meskipun tidak hamil. Wanita yang mempunyai masalah kelebihan berat badan juga sukar untuk hamil kerana sel-sel lemak terlalu banyak menyebabkan kelebihan produksi estrogen, sehingga ovulasi tidak teratur. Malahan, obesiti turut meningkatkan risiko keguguran.

  1. Mengalami Stress

Ternyata, gaya hidup mempunyai  pengaruh besar dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Gangguan ovulasi,dan menurunnya gairah untuk melakukan hubungan seks suami-isteri antara punca sehingga menjadi penyebab kenapa susah hamil.

  1. Jumlah Sperma Sedikit

Kesuburan tidak hanya bergantung pada wanita saja, tetapi juga pada sperma lelaki. Jumlah sperma yang rendah atau kurang dari 20 juta sperma per mililiter air mani sangat kurang untuk membuahi sel telur. Berdasarkan kajian daripada Mayo Clinic, ejakulasi normal harus mengandungi setidaknya 39 juta sperma. Jika terlalu sedikit tentu sudah tentu ia menjadi penyebab susah hamil. Seorang wanita tetap boleh mengandung atau hamil meskipun jumlah sperma yang dikeluarkan oleh suaminya terlalu sedikit, tetapi akan memerlukan waktu yang lama.

  1. Infeksi Vagina

Biasanya infeksi dimulai dengan kehadiran masalah keputihan yang harus diberikan perhatian secara serius. Jika dibiarkan berlarutan dan tidak diubati, maka infeksi ini akan semakin merebak ke atas hingga bahagian rahim atau ke saluran saluran telur dan ligamen. Anda boleh mencegah infeksi dengan menjaga kebersihan vagina ketika membuang air. Perhatikan juga cara anda membasuh vagina, iaitu dari atas ke bawah. Bukan sebaliknya, dari dubur ke arah vagina, kerana perkara ini menyebabkan kuman yang bersarang di anus terbawa ke vagina.

  1. Pengambilan Suplemen

Pengambilan suplemen atau vitamin tambahan,ternyata berisiko terhadap kehamilan. Vitamin A yang terlalu banyak disimpan dalam tubuh boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat, kelainan hati serta gangguan lain.Jadi, berhati-hati dalam pengambilan suplemen ini dan pastikan ia tidak menyekat perjalanan beberapa hormone sehingga menganggu kesuburan.

  1. Faktor Lain

Berapa faktor yang menganggu kehamilan biasanya disebabkan oleh kebiasaan merokok, pengambilan minuman beralkohol dan terlalu banyak pengambilan kafein dalam tubuh.

<< Ketahui cara selamat untuk menunda kehamilan di sini.

 

 

Previous post

Pilihlah Produk Pemutih Wajah Yang Bagus & Selamat

Next post

Semak, 10 Jenis Buah-Buahan Yang Paling Banyak Mengandungi Vitamin C

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *