KewanitaanSihat

Ketahui Penyebab Keputihan Ketika Hamil & Cara Terbaik Merawatnya

Keputihan Ketika Hamil - Women Online Magazine

Foto: wdy.h-cdn

Ketika hamil atau mengandung banyak sekali masalah berkaitan dengan kesihatan ada dan juga janin. Keputihan ketika hamil merupakan salah  satu masalah yang sering dialami oleh wanita hamil terutama di awal kehamilan.

Ini adalah kerana keadaan psikologi wanita hamil itu sendiri akibat perubahan hormon, di mana mereka masih belum mampu mengawal emosinya. Jadi, sebab itulah keputihan biasanya muncul di awal kehamilan atau pada trimester pertama. Tetapi ada juga wanita yang mengalami keputihan ketika hamil sehingga ke trimester terakhir. Ia berkaitrapat dengan keadaan psikologi mereka yang sering ‘turun naik’ sepanjang kehamilan, kerap stress, terlalu penat atau akibat peningkatan pengeluaran cecair vaginan dan penurunan asid vagina sepanjang kehamilan yang mana akhirnya mengundang keputihan.

Keputihan ketika hamil normal selagi cecair yang keluar berwarna bening atau sedikit kekuningan dan cair atau agak kental. Namun, jika cairan melekit dan berbau, terasa gatal-gatal pada organ kewanitaan anda, berwarna kuning atau kehijauan atau bercampur dengan darah, serta berasa panas dan/atau pedih ketika sedang buang air kecil, ia dapat dikatakan abnormal. Sebaiknya anda segera membuat pemeriksaan doktor kerana perkara tersebut boleh menganggu perkembangan janin.

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu hamil bagi mengatasi masalah keputihan:

  1. Selalu menjaga kebersihan alat sulit dengan membersihkannya setiapkali selesai membuang air kecil atau besar. Basuhlah dengan cara yang betul iaitu dari arah depan ke belakang.
  2. Pakai pakaian dalam yang diperbuat dari bahan katun dan mudah menyerap peluh.
  3. Sebaiknya elakkan menggunakan sabun mandi atau penggunaan produk pembersih vagina yang bersifat antiseptik. Ketika membersihkannya, gunakan air paip. Hindari menggunakan air yang sudah ditadah di dalam bekas atau tab mandi.
  4. Hindari pemakaian pantyliner, kerana bahan kapas pantyliner boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah.
  5. Hindari mandi berendam dengan air panas atau suam kerana kulat yang menyebabkan keputihan lebih mudah tumbuh atau berkembang di suhu panas.
  6. Kurangkan pengambilan makanan “junkfood”, makanan segera atau makanan yang mengandungi bahan pengawet atau gula yang cukup tinggi, atau jenis makanan yang mengandung ragi, atau membeli makanan yang diolah dalam bentuk kering (biasanya makanan yang telah dikeringkan ini mengandungi gula fruktosa yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon pada organ intim wanita).

Info Ekstra!

Atasi Keputihan dengan Buah-Buahan

Jus cranberry dan jus delima dipercayai dapat menghilangkan keputihan.Jika keputihan disebabkan oleh kulat atau bakteria, yoghurt sangat bagus untuk mengurangi keputihan tersebut kerana ia merupakan ‘probiotik’.

<< Ketahui penyebab keputihan yang menyebabkan vagina berbau seperti ikan di sini.

 

Previous post

Kandungan Dan Khasiat Royal Jelly Sangat Unik & Misteri

Next post

Harus Cuba! Cara Paling Senang & Berkesan Mengatasi Lenguh Kaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *