Ketahui Punca Kelenjar Tiroid
Tiroid adalah kelenjar endokrin besar yang terletak di pangkal leher bahagian depan, di bawah lapisan kulit dan otot.
Kelenjar tiroid berbentuk kupu-kupu dengan dua sayap yang merupakan lobus tiroid kiri dan kanan di sekitar trakea. Fungsi utama tiroid alah mengahasilkan hormon yang sangat penting bagi tubuh manusia. Salah satu fungsi kelenjar tiroid ialah mengatur kecepatan pembakaran tenaga dalam tubuh.
Kelenjar tiroid ini juga berfungsi membuat protein dan mengatur sensitiviti tubuh terhadap hormon yang lain serta dapat menyerap iodin atau yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Mungkin ramai yang mengambil mudah tentang hal ini namun anda perlu berjaga-jaga kerana penyakit ini sering menyerang kaum wanita.
Antara golongan yang berisiko menghidap masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
- Perempuan
- Genetik
- Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
- Usia melebihi 60 tahun
- Merokok
Jenis – jenis penyakit kelenjar tiroid:
- Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
- Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism atau thyrotoxicosis, hormon tiroid ini didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:
- Grave's disease
Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.
- Thyroiditis (tiroid bengkak)
Selalunya keadaan ini boleh pulih dengan sendirinya.
- Toxic nodule goitre
Terlalu banyak iodin di dalam makanan.
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
- Bengkak di leher
- Cirit birit
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Gementar dan gelisah, terketar-ketar
- Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
- Kesuburan turun
- Penumpuan kurang
- Mata menjadi besar (bulging)
- Angin yang tidak menentu
- Kejang otot
- Oesteoporosis (kereputan tulang)
- Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
- Suhu badan naik, tak tahan panas
- Rambut tidak kuat
- Sukar bernafas
- Sukar tidur
- Tekanan darah naik
- Turun berat badan walaupun selera naik
- Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
Info Ekstra!
Makanan yang dapat menyembuhkan penyakit kelenjar tiroid:
- Anda dinasihatkan untuk memakan makanan yang mengandungi makronutrisi serta mikronutrien. Cubalah makan buah-buahan dan sayuran organik yang bebas racun dan bahan kimia serta hormon lain. Anda juga boleh menambahnya dengan kimchi dan yogurt buatan sendiri kerana ia kaya dengan probiotik.
- Pastikan anda mengambil cukup protein dan juga lemak yang sihat. Hal ini amat diperlukan untuk menjaga saluran pencernaan. Anda boleh mencuba makanan yang mengandungi minyak kelapa, avokado dan mentega. Lemak haiwan haiwan adalah baik untuk menyembuhkan sistem penghadaman anda seperti daging dan ayam.
- Jika anda seorang vegetarian, anda boleh mencuba kekacang dan sumber sayur yang lain.
- Jika anda mengalami hipotiroidisme, anda boleh mencuba kunyit kerana ia dapat membantu untuk menyembuhkan penyakit kelenjar tiroid.
- Selain itu, anda boleh memasukkan bawang putih, bawang merah, kubis, sayuran berdaun hijau dan juga almond ke dalam makanan anda. Makanan ini boleh membantu mengembalikan fungsi adrenal.
- Pastikan anda juga dapat menghindari perasaan marah, cemburu atau permusuhan kerana adrenal dapat membebaskan kortisol yang mempunyai kesan buruk kepada kelenjar tiroid.
- Cubalah untuk menenangkan diri dengan melakukan aktiviti seperti menari, yoga atau melukis.
Kredit foto: drspencer
<< Ketahui lebih lanjut tentang penyakit buasir di sini.
No Comment