ProblemSihat

Kudis Buta, Penyakit Kulit Yang Berjangkit

Kudis Buta - Women Online Magazine

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit pada orang lain disebabkan oleh gigitan kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies.

Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindak balas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit.

Bagaimana Ia Merebak?

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal yang sesak seperti asrama dan rumah asuhan kerana kebiasaannya tempat-tempat ini akan berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian yang menyumbang kepada risiko besar untuk dijangkiti.

Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Malah,jika salah seorang daripada ahli keluarga dijangkiti dengan kudis buta,maka penyakit ini berpotensi dijangkiti oleh ahli keluarga yang lain di rumah.

Tanda-tanda Terkena Kudis Buta

Kawasan Yang Selalu Terjadi Kudis Buta

  • Di celah jari.
  • Tapak tangan.
  • Pergelangan tangan.
  • Kawasan kemaluan.
  • Sekitar pusat.
  • Celah-celah ketiak.
  • Kaki dan buku lali.

Langkah Pencegahan Kudis Buta

  1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
  2. Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup. Simpan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
  3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
  4. Seelok-eloknya pesakit kudis buta perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat khas untuk kudis buta ini.

Ubat-ubatan Kudis Buta

Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ia berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Antaranya adalah:

  • Losyen Malathion.
  • Krim Gamma Benzene Hexachloride or Lindane.
  • Losyen Benzyl Benzoate (EBB).

Langkah Pencegahan Supaya Tidak Merebak Kepada Orang Lain

  1. Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan sekiranya mendapat nasihat doktor.
  2. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau taman kanak-kanak sehingga selesai kudis buta itu sembuh.
  3. Semua ahli keluarga perlu dirawat.
  4. Elakkan bersentuhan dengan pesakit kudis buta.

Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit kudis buta sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak.

Kredit foto: redbook.solutions

<< Apakah punca sebenar hidung tersumbat? Baca di sini.

 

 

 

 

Previous post

“Roselle” Kurangkan Kolestrol Berlebihan Dalam Badan & Jadi Penawar Migraine

Next post

SK-II Perkenalkan Penjagaan Mata Generasi Baru Dengan Kuasa Magnetik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *