KewanitaanSihat

Ketahui Perubahan-Perubahan Yang Dialami Wanita Ketika Subur

masa subur seorang wanita - woman online magazine

Kredit : 

Pada Masa Subur Seorang Wanita Perubahan Hormon Biasanya Terjadi.

Perubahan hormon tersebut bukan sekadar mempengaruhi organ peranakan, malahan seluruh tubuh. Keadaan ini akan membuatkan perubahan pada fikiran, perilaku dan juga penampilan seorang wanita itu.Ovulasi iaitu di mana sel-sel telur dilepaskan dari ovari ke tube falopi yang kemudiannya boleh membuahkan sperma.Jadi, sebab itulah terdapat beberapa perubahan yang dialami pada masa subur seorang wanita. Antaranya:

 

  1. Wajah Berubah Menjadi Merah

Menjelang waktu ovulasi, wajah wanita sedikit kemerahan. Namun, peningkatkan rona kemerahan ini hanya sedikit sehingga tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia terjadi kerana faktor perubahan hormon di dalam tubuh yang mempengaruhi pengalirannya.Peningkatan hormon estrogen yang lebih tinggi ketika ovulasi menyebabkan pembuluh darah membesar. Ketika pembuluh darah melebar dan lebih dekat dengan kulit membuatkan kulit jadi lebih bercahaya.

 

  1. Jadi Lebih Bersemangat

Pada masa subur nafsu wanita meningkat , secara tidak sedar kebanyakan wanita berfikir tentang seks. Hormon estrogen dan testosteron yang tinggi selama masa subur boleh meningkatkan keinginan seks wanita.

 

  1. Lebih Mudah Tertarik Pada Lelaki

Selain memiliki nafsu yang lebih tinggi, pada saat masa subur wanita lebih tertarik pada lelaki yang cenderung mempunyai sikap yang sama.

 

  1. Daya Bau Lebih Kuat

Pada masa subur seorang wanita dikatakan lebih mampu mengesan pelbagai aroma termasuk hormone pheromone lelaki dibandingkan mereka yang memakai alat pencegah kehamilan. Selain itu, ketika subur juga wanita memiliki keinginan yang kuat mencumbui pasangannya.

 

Info Ekstra

  • Antara tanda yang dialami wanita ketika subar adalah: Perubahan tekstur dan warna lendir – setiap bulan wanita akan mengeluarkan lendir menyerupai keputihan. Sepanjang masa subur, lendir ini akan keluar lebih banyak dan teksturnya juga berubah. Ia berlaku kerana tubuh bertindak balas dengan meningkatnya hormone estrogen di dalam tubuh. Lendir ini biasanya jernih, licin serta likat. Lendir ini sebenarnya yang akan membantu sperma masuk ke dalam rahim dengan lebih cepat dan selamat. Apabila hubungan seksual terjadi pada masa subur, maka kehamilan menjadi lebih mudah terjadi.

<< Ketahui rahsia payudara milik seorang wanita di sini.

 

 

 

Previous post

5 Kebaikan Melatih Bayi Berenang

Next post

Penstrukturan Semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Adalah Sesuatu Yang Positif

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *