Anak anda tergolong dalam kategori mereka yang kelebihan berat badan ataupun obesiti? Ketahui tips dan cara motivasi anak diet untuk kurus di sini… Kelebihan berat badan ataupun obesiti ini bukan sahaja terjadi pada orang dewasa ataupun golongan tua, bahkan bayi dan kanak-kanak pun boleh terkena. Anak yang gemuk belum tentu sihat, dan anak yang sihat itu tidak semestinya harus gemuk! Sejak bayi lagi anak anda sudah ‘chubby’, ia berlanjutan sehingga dia masuk sekolah. Ini bermakna anak anda perlu berdiet. Bayangkan jika obesiti ini berlarutan sehingga dia remaja. Sudah pasti ia dapat mengurangkan keyakinan diri dalam pergaulan. Lagipun kelebihan berat badan atau obesiti akan meningkatkan risiko pelbagai gangguan metabolism seperti diabetis dan tekanan darah tinggi serta penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jika anak anda memiliki kelebihan berat badan atau obesiti, anda harus gigih membantu dan memotivasikan anak anda untuk menurunkan berat badannya. Berikut beberapa tips dan cara mendorong anak anda diet untuk kurus ataupun menurunkan berat badannya. 1. Berikan Gambaran Jelas Tentang Risiko Kelebihan Berat Badan Biasanya anak-anak ini belum menyedari apa kaitan kelebihan berat badan dengan risiko penyakit. Sebagai ibubapa, anda perlu berikan penjelasan yang betul tentang berapa contoh penyakit yang mungkin terpaksa ditanggung oleh orang yang kelebihan berat badan. 2. Beritahu Tentang Pemilihan Makanan Sihat Berikan contoh-contoh terbaik tentang jenis-jenis makanan yang berpotensi membuatnya gemuk. Terangkan juga tentang makanan yang baik bagi anak diet untuk kurus atau menurunkan berat badan tanpa perlu mengurangi keperluan nutrisi harian anak. 3. Dorong Anak Melakukan Aktiviti Fizikal Ajak anak melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, seperti berkebun dan membersihkan rumah. Tawarkan mainan yang mengundang semangat anak untuk aktif seperti berbasikal, roller blade, bermain badminton dan futsal. Biarkan anak mempunyai waktu untuk bermain bersama kawan-kawannya. 4. Ajak Anak Bersenam Bersenam adalah baik untuk semua orang. Jadi, ajak anak anda melakukan senaman bersama bagi meningkatkan motivasi anak bersenam. Di samping itu ia juga boleh membentuk teladan aktiviti yang bermanfaat bagi kesihatan. Biasanya, anak akan lebih mudah menuruti saranan jika ada yang memberikan contoh terbaik buatnya. 5. Tingkatkan Pengetahuan Anak Tentang Kesihatan Berjumpa dengan pakar atau doktor adalah cara terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan nasihat secara perubatan. Anak cenderung lebih mempercayai dan patuh pada nasihat doktor. 6. Sediakan Alat Penimbang Berat Badan Di Rumah Menyediakan alat penimbang berat badan boleh membantu memotivasikan usaha anak yang ingin menurunkan berat badan. Biarkan baru turun sedikit, namun ia tetap boleh mempengaruhi keyakinan anak bahawa diet untuk kurus itu mampu dilakukan!
CantikDietSihat

6 Cara Motivasi Anak Diet Untuk Kurus

Anak anda tergolong dalam kategori  kelebihan berat badan ataupun obesiti? Ketahui 6 cara motivasi anak diet untuk kurus di sini…

READ MORE →
CantikKewanitaanSihat

19 Larangan Ibu Hamil

Selain baik untuk kesihatan ibu hamil, ia juga baik untuk kesihatan serta perkembangan janin dalam kandungan.

READ MORE →
Petua PemakananSihat

7 Jenis Buah Untuk Diet Sihat

Adakah anda mengamalkan gaya diet yang sihat ? Jom dapatkan tips mengenai diet sihat di sini..

READ MORE →
khasiat buah pisang - women online magazine
Petua PemakananSihat

Khasiat Buah Pisang Untuk Diet Anda

Pernahkah anda tahu akan Khasiat Buah Pisang boleh di gunakan dalam diet harian anda? Jom ketahuinya di sini..

READ MORE →
kesalahan diet anda gagal - women online magazine
CantikDietSihat

5 Kesalahan Anda Gagal Menurunkan Berat Badan dalam seminggu

Anda dalam mood diet tapi Gagal Menurunkan Berat Badan dalam seminggu ? Jom semak kembali kenapa ianya berlaku..

READ MORE →
jenis makanan bantu anda berhenti merokok - women online magazine
ProblemSihat

Kenali 6 Makanan Bantu Anda Berhenti Merokok

Adakah anda berminat untuk berhenti merokok ? Jom ketahui Tips Berhenti Merokok di sini..

READ MORE →
senaman tambah tinggi badan - women online magazine
SenamanSihat

7 Senaman Untuk Menambah Tinggi Badan

Melakukan senaman untuk tambah tinggi merupakan salah satu cara nak tinggi dengan cepat jika di amalkan..

READ MORE →
kesan duduk terlalu lama di depan komputer - women online magazine
ProblemSihat

Kesan Duduk Terlalu Lama Di Depan Komputer

Duduk di depan komputer sepanjang hari? Isshh… Bahayalah! Terutamanya kepada pengguna komputer yang tegar..

READ MORE →
tips atasi mulut berbau ketika berpuasa - women online magazine
ProblemSihat

Tips Hilang Nafas Berbau Ketika Berpuasa

Tak lama seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Adakah anda menghadapi masalah mulut berbau ?

READ MORE →
bahaya kasut tumit tinggi - women online magazine
ProblemSihat

Bahaya Di sebalik Cantiknya Kasut Tumit Tinggi!

Anda merupakan pengemar fesyen kasut tumit tinggi ? Tahukah anda akan bahaya kasut tumit tinggi, jom dapatkan info di sini..

READ MORE →
makanan sihat cerdaskan otak - women online magazine
Petua PemakananSihat

8 Jenis Makanan Kuatkan Daya Ingat Otak

Nak tahu mengenai apakah makanan untuk otak bijak ? Jom dapatkan tips di sini khas untuk pembaca setia WOM.my.

READ MORE →
tips si kurus naikkan berat badan - women online magazine
CantikDietSihat

Cara Terbaik Si Kurus Naikkan Berat Badan

Setiap daripada kita pasti mahu memiliki berat badan yang ideal. Jom pelajari cara naikkan berat badan anda di sini..

READ MORE →