ProblemSihat

Bila Dah Semakin Berumur, Anda Perlu Lebih Peka Menjaga Kesihatan Diri!

kesihatan diri - woman online magazine

Kredit : primeape

Menjadi tua atau berusia merupakan proses semulajadi yang sudah pasti akan terjadi dan harus ditempuhi oleh semua manusia yang hidup di muka bumi ini. Jadi, seiring dengan pertambahan usia, kesihatan diri perlu dijaga dengan baik samada mental dan fizikal.

Sudah menjadi lumrah kehidupan semakin berusia, tubuh akan mengalami banyak penurunan fungsi organnya. Apatah lagi, jika suatu saat nanti anda memasuki usia senja sekitar 50,60 hingga 70 tahun, di mana lebih banyak perubahan akan terjadi pada tubuh dan persekitaran.Biarpun ada yang menganggap bahawa semakin berusia secara automatik kesihatan akan jadi semakin menurun, namun kenyataan itu tidak sepenuhnya betul. Ini adalah kerana masih ramai orang yang telah berusia masih mempunyai kesihatan yang baik.

Untuk menjaga kesihatan diri sebagai orang yang bakal menempuh zaman tua, bersenam merupakan aktiviti yang sangat penting agar anda tetap sihat sepanjang hidup. Dengan bersenam, tubuh badan anda akan menjadi lebih kuat sihat, dan mendorong kesihatan mental dan juga mengurangkan rasa sakit akibat penyakit kronik. Selain itu, dengan bersenam secara teratur juga, ia mampu meningkat keyakinan diri anda untuk melewati hari tua secara semulajadi.

Anda boleh mendapatkan nasihat atau pandangan doktor terlebih dahulu tentang keadaan kesihatan anda, sehingga dapat memilih senaman yang sesuai dan tepat untuk anda menjaga kesihatan diri.Anda juga boleh mencari aktiviti senaman secara berkumpulan agar boleh memotivasikan diri anda untuk terus menjaga kesihatan diri dengan bersenam. Aktiviti bersenam seperti berenang juga boleh dijadikan alternatif sekiranya anda suka berenang.Selain itu, anda juga boleh menjaga kesihatan diri lebih awal lagi untuk menghindari atau menunda munculnya penyakit atau gangguan kesihatan yang mungkin akan anda alami setelah berusia nanti.

Pencegahan Penyakit Jantung Dan Pembuluh Darah:

  • Berhenti merokok.
  • Rajin bersenam.
  • Menjaga berat badan yang ideal.
  • Menurunkan kolesterol.
  • Mengawal tahap stress yang dialami.

Langkah Menjaga Kesihatan Diri Daripada Serangan Kanser:

  • Mengurangkan atau menghentikan tabiat merokok.
  • Melakukan diet tinggi serat dan rendah lemak.
  • Melakukan pemeriksaan pap smear (bagi wanita).

 

Pencegahan Osteoporosis:

  • Memperbanyak pengambilan kalsium.
  • Melakukan senaman secara teratur untuk menjaga kepadatan tulang.

<< Semak tanda-tanda anda telah terkena penyakit anemia di sini.

Previous post

Ketahui Penjagaan Kulit Muka Tanpa Efek Sampingan

Next post

Misteri Di Sebalik Tema Warna Pakaian Untuk Raya 2015

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *