ProblemSihat

Ketahui Penyebab Penyakit Kelamin Kerap Menyerang Wanita

Penyakit Kelamin Wanita - woman online magazine

Kredit : parenting

Apa Yang Anda Faham Tentang Penyakit Kelamin Wanita? Apa? Tak Tahu! Ok, semak di sini.

Penyakit kelamin juga dikenali sebgaai penyakit menular seksual. Ia adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria atau kuman. Jika tidak diatasi dengan segera, penyakit kelamin wanita ini boleh menyebabkan kerosakan sebahagian besar alat kelamin. Penyakit sifilis dan penyakit gonorrhea adalah dua penyakit yang paling umum yang termasuk dalam jenis-jenis penyakit kelamin.

Penyakit sifilis merupakan salah satu penyakit pada kelamin tertua yang mengganggu manusia. Penyakit ini boleh merebak melalui hubungan seksual.Terdapat juga kes di mana seorang wanita yang terinfeksi boleh menularkan penyakit kepada bayi yang dikandungnya. Jadi, sebab itulah setelah lahir, bayi akan memiliki gejala sifilis kongenital. Selain itu, ia juga boleh ditularkan melalui beberapa cara seperti melalui pakaian atau melalui ciuman.

Berikut beberapa penyebab penyakit kelamin yang wajar anda ketahui.

  • Penyakit kelamin umumnya disebabkan oleh kuman atau bakteria.Bakteria memasuki tubuh melalui hidung,tekak, vagina dan dubur.
  • Seseorang yang menderita penyakit sifilis dan orang yang memiliki ruam, boleh menularkan penyakit tersebut kepada orang lain.
  • Wanita hamil boleh menularkan gejala penyakit kelamin kepada bayinya.
  • Memiliki banyak pasangan seksual. Ia boleh mengakibatkan risiko tertularnya penyakit kelamin dengan individu yang terinfeksi.
  • Terlibat dalam suatu hubungan seksual tanpa kondom.
  • Memiliki daya ketahanan tubuh yang sangat rendah.

 

Beberapa gejala penyakit kelamin penyakit kelamin wanita adalah sebagai berikut:

  1. Sakit dan pedih ketika buang air kecil
  2. Terdapat darah dalam urine

Take Note! Perlu dicatat bahawa tidak semua orang yang menderita penyakit kelamin dapat menunjukkan gejala-gejala ini. Ini adalah kerana sebahagian orang yang menderita penyakit pada kelamin tidak menimbulkan tanda-tanda atau gejala yang jelas.Kadang-kadang, wanita yang terinfeksi penyakit kelamin, tetapi tidak menunjukkan gejala-gejala tersebut.

 

Penyakit kelamin pada wanita :

Cara Mengatasi Penyakit Kelamin Wanita

  1. Menggunakan ubat-ubatan tidak sepenuhnya boleh menghentikan penyakit kelamin wanita ini.. Solusi ini bersifat sementara kerana hanya menghentikan gejala aktif dari penyakit kelamin. Ubat-ubatan sering meninggalkan endapan yang tertinggal dalam tubuh , yang sama sekali tidak sihat atau tidak menguntungkan, bahkan memiliki efek merosak pada jaringan tubuh .

 

  1. Menjaga kebersihan alat kelamin. Pastikan pakaian dan tuala yang digunakan oleh orang yang terinfeksi dijaga dengan tepat agar infeksi dapat diatasi dan tidak menular ke orang lain di sekitarnya. Ini adalah praktik yang baik untuk mengatasinya, sehingga penularan ke orang lain dapat dicegah .

 

  1. Melakukan hubungan seks yang halal dan sihat. Gunakan kondom ketika melakukan hubungan seks . Biarpun penggunaan kondom tidak mencegah penularan penyakit seksual seratus peratus, tetapi ini masih boleh membantu dalam mengurangi risiko tertular penyakit seperti penyakit hiv aids, penyakit sifilis atau penyakit  gonorrhea.

<< Ketahui lebih lanjut tentang ancaman penyakit kelamin di sini.

 

 

Previous post

Tiga “Chef Rumah” Bersiang Merebut Gelaran MasterChef Asia Pertama

Next post

Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *