Penyebab Sakit & Kebas Punggung
Masalah sakit pinggang atau sakit belakang yang disertai kebas peha, betis dan juga tapak kaki selalu terjadi sebenarnya dalam masyarakat kita. Penyakit lumbar spinal stenosis adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada berlakunya gejala ini.
Peningkatan usia menyebabkan tulang belakang yang mengandungi saraf tunjang semakin sempit. Keadaan ini dinamakan spinal stenosis, manakala lumbar merujuk kepada anatomi tulang belakang tersebut yang terletak di bahagian pinggang.
Tanda sakit punggung
- Sakit di belakang
Peratusan kesakitan bergantung kepada peratusan arthritis yang telah berlaku. Semakin teruk arthritis individu, semakin bertambah sakit yang dialami.
- Sakit di bahagian punggung
Apabila cabang saraf terhimpit, kesakitan akan dirasai pada kawasan badan dimana cabang itu pergi. Sakit ini digambarkan seperti pedih yang amat sangat. Selalunya ia bermula dari punggung dan merebak ke kaki. Sakit ini dinamakan sciatica.
- Kekebasan
Mengalami kekebasan di bahagian punggung, peha, betis dan juga tapak kaki.
- Lemah kaki
Berasa lemah di bahagian kaki dan biasanya mereka tidak mampu berdiri dengan lama.
- Sakit berkurang apabila tunduk
Menurut kajian, apabila kita tunduk ke hadapan ruang untuk saraf bertambah dan mengurangkan kesempitan yang dialami.
Rawatan sakit punggung
Tanpa pembedahan
- Rawatan Fisioterapi
- Ubat tahan sakit
- Lumbar traction
- Suntikan steroid (cortisone)
- Chiropractic manipulation
- Acupuncture
Pembedahan
- Laminectomy
- Spinal fusion
Komplikasi yang spesifik untuk pembedahan ini:
- Tulang gagal bercantum
- Kecederaan pada saraf
- Gagal mengurangkan symptom
- Simptom kembali lagi
- Skrew dan rod gagal menyokong
Risiko rawatan melalui pembedahan
Risiko pembedahan bagi sakit punggung ini adalah rendah. Tetapi awas! Orang tua yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung adalah berisiko tinggi!
Kredit foto: dr-usman
<<Ketahui cara mengatasi gatal celah kaki,angkara ‘ulat air' di sini.
No Comment