Petua PemakananSihat

Kena Baca! Info Menarik Tentang 5 Manfaat Lada Sulah

Lada Sulah - Woman Online Magazine

Kredit: braziltradebusiness

Lada Sulah Atau Lada Putih Merupakan Salah Satu Rempah Yang Penuh Dengan Pelbagai Khasiat Untuk Kesihatan.

Lada sulah juga mengandungi ‘capsaicin' yang turut terdapat dalam cili padi, yang bersifat anti inflamasi.

Berikut beberapa manfaat lada sulah untuk kesihatan.

 

  1. Bantu Turunkan Berat Badan

Lada sulah mempunyai khasiat tersendiri sama seperti lada hitam juga. Ia membantu dalam membakar lemak dalam tubuh sehingga membantu menurunkan berat badan.

 

  1. Mengurangkan Sakit Kepala

Ternyata lada sulah boleh membantu dalam mengubati sakit kepala. Rasa sakit di kepala terjadi ketika ‘neuropeptide’ yang merupakan zat yang mengirimkan rasa sakit ke otak. Namun, ‘capsaicin’ yang ada pada lada sulah dapat menghalang keadaan tersebut sehingga dapat mengurangkan sakit kepala.

 

  1. Mengubati Batuk

Pengambilan serbuk lada sulah dengan sedikit madu boleh menjadi ubat batuk semulajadi. Madu dan lada sulah jika bergabung akan memilki sifat antibiotik dan juga menghasilkan rasa panas.Gabungan dua bahan ini memang boleh mengurangkan batuk.

 

  1. Mengawal Tekanan Darah

Lada sulah kaya dengan flavonoid, vitamin C dan vitamin A. Ia sangat membantu dalam menjaga tekanan darah. Anda yang mempunyai tekanan darah tinggi atau masalah yang berkaitan dengan tekanan darah disarankan mengambil lada sulah dalam diet harian.

 

  1. Baik Untuk Kecantikan Kulit

Flavonoid dan vitamin dalam lada sulah bersifat antioksidan. Selain tinggi kandungan antioksidan pada lada sulah, ia juga boleh mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik gelap yang merupakan tanda-tanda dari penuaan. Menggunakan diet lada sulah dalam diet sehari-hari, ia dapat membantu membuatkan anda nampak lebih cantik dan awet muda.

<< Ketahui cara bakar lemak dengan cepat di sini.

 

Previous post

Tips Untuk Kurus Dengan Warna

Next post

Penyebab Sakit Telinga Dan Cara Menyembuhkannya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *