7 Jenis Buah Untuk Diet Sihat
Adakah anda mengamalkan gaya diet yang sihat ? Jom dapatkan tips mengenai diet sihat di sini..
Buah-buahan merupakan salah satu sumber energi dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh.Terdapat beberapa jenis buah yang mempunyai kandungan serat tinggi dan rendah lemak serta tidak mengandungi kolesterol. Kandungan air dalam buah-buahan ini juga cukup banyak sehingga dapat membantu menjaga tahap cecair dalam tubuh.
Bagi anda yang sedang berdiet, terdapat beberapa jenis buah yang perlu anda masukkan dalam menu diet. Kandungan serat dan air dalam buah-buahan juga akan membantu menjaga rasa kenyang pada perut dengan lebih lama.
Antara buah untuk diet sihat adalah:
1. Lemon
Buah ini mampu menurunkan berat badan. Tambahkan madu dan minumlah secara rutin, dapat membantu pembakaran lemak dalam tubuh serta membersihkan dan melancarkan sistem penghadaman tubuh.
2. Kiwi
Kiwi kaya dengan serat dan vitamin C, yang boleh mengurangkan nafsu makan yang berlebihan.
3. Epal
Buah epal kaya dengan serat dan pemanis semulajadi. Rasa manis dan kandungan air dalam buah epal akan mengundang rasa kenyang lebih lama pada perut.
4. Pisang
Pisang mempunyai banyak pati larut yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh. Serat dalam buah pisang jua boleh menjadikan perut berasa kenyang lebih lama.
5. Nanas
Merupakan salah satu buah yang bebas kolesterol dan lemak. Mengandungi 85% air, selebihnya terdiri daripada vitamin, serat, antioksidan dan mineral.
6. Tembikai
Sama seperti nanas, buah tembikai tidak mengandungi lemak sama sekali. Kandungan air dalam buah ini lebih tinggi, sehingga berupaya untuk menstabilkan cecair dalam tubuh. Buah tembikai juga mengandungi vitamin A dan C serta mampu memberikan energi ekstra buat tubuh.
7. Berry
Strawberi, blueberi dan semua ahli keluarga berry dapat melancarkan sistem penghadaman dan turut berperanan untuk mengurangi kolesterol tubuh serta boleh menurunkan berat badan.
<< Jom kenali khasiat limau nipis untuk diet di sini..
1 Comment
[…] itu. Cakap dan terangkan secara baik. Mulakan dengan makan buah kurma terlebih dahulu jika tiada buah-buahan pun boleh dijadikan permulaan yang baik sebelum berbuka makanan […]