Semak, 7 Khasiat Sebenar Temulawak
Foto: Sekadar Hiasan
Khasiat Temulawak bagi kesihatan juga sudah tidak perlu diragukan lagi kerana ia sudah lama digunakan sebagai bahan untuk perubatan tradisional.
Temulawak merupakan salah satu tanaman herba yang cukup popular di Indonesia. BahkanTanaman yang memiliki nama saintifik iaitu ‘Curcuma Xanthorhizal’ ini merupakan tanaman asli Indonesia dan sememangnya menjadi salah satu bahan wajib dalam pembuatan jamu.
Temulawak mempunyai rupa fizikal seperti kunyit, halia, lengkuas dan temu pauh .Bezanya dengan yang lain adalah dari segi lebar dan ketebalan daun dan juga rasa ubinya.Daun temulawak ini mempunyai sejalur warna ungu ditengah-tengah dekat dengan pelepahnya malah daunnya tidak berbau seperti kunyit. Daun temulawak tidak digunakan dalam masakan tetapi digunakan dalam perubatan tradisional dan juga mandian untuk wanita selepas bersalin.
Baca Juga: Kurus Selepas Bersalin
Ubi temulawak mempunyai rasa sedikit pahit dan berangin dan ubinya agak besar daripada halia. Warna temulawak akan berubah mengikut keadaan.Contohnya,jika masih baru, warnanya seperti halia muda-kuning cair. Jika sudah tua dan beberapa hari dikeluarkan dari tanah, warna kulitnya akan bertukar ke warna coklat.
Berikut merupakan khasiat temulawak untuk kesihatan badan:
1. Menghilangkan Rasa Sakit Ketika Haid
Bagi kaum wanita, sakit senggugut ketika haid pastinya menyeksakan. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana temulawak dapat menjadi penawar kepada sakit itu. Minumlah jamu temulawak secara teratur dan rasa sakit senggugut itu akan hilang.
2. Menambahkan Nafsu Makan
Kandungan minyak atsiri dalam temulawak dapat membantu meningkatkan nafsu makan. Kebanyakan masyarakat zaman dahulu menggunakan temulawak untuk diberikan kepada anak-anak mereka yang kurang nafsu makan. Caranya, rebus sedikit temulawak,gula merah dan asam jawa kemudian minum airnya.
3. Menurunkan Kolesterol Dalam Darah
Temulawak mampu menurunkan kadar kolesterol dan membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam darah. Zat kurkumin yang berperanan dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah ini.
4. Mengatasi Radikal Bebas
Zat kurkumin pada temulawak ini terbukti mempunyai manfaat lain iaitu sebagai antioksidan. Kurkumin dapat membantu tubuh menangkap radikal bebas oksigen yang membahayakan kesihatan tubuh.
Bagi anda yang berjerawat, temulawak mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda ini. Selain daripada bertindak sebagai antioksidan dan juga menurunkan kolesterol dalam darah,kurkumin ini juga dapat membantu menghilangkan kotoran-kotoran pada wajah yang berjerawat.
Mudah saja caranya,hanya ambil sedikit temu lawak yang sudah dibersihkan. Kemudian,potongkan nipis-nipis temulawak tersebut dan rebuskan. Apabila air rebusan itu telah sejuk sedikit,tapiskan air rebusan temulawak itu dan tambahkan madu ke dalamnya. Minum air ini dua kali sehari secara berterusan sehingga mendapat hasil yang memuaskan.
6. Menyembuhkan Penyakit Buasir
Temulawak juga berfungsi memelihara organ penghadaman dan dapat menyembuhkan penyakit buasir. Zat di dalam temulawak dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah, dan juga memperbaiki fungsi usus besar.
7. Mengelakkan Berlaku Serangan Jantung & Stroke
Khasiat temulawak lainnya adalah melancarkan pengaliran darah di dalam badan sekaligus dapat mengelakkan berlakunya serangan jantung dan juga stroke. Penyakit jantung dan stroke merupakan penyakit yang berlaku disebabkan darah bergumpal di dalam saluran darah sehinggakan sukar beredar di dalam tubuh.
Jom SHARE artikel ini.
<< Ketahui makanan sihat penambah tenaga anda di sini.
No Comment