Benarkan Antibiotik Berbahaya? Jawapannya Baca Di Sini…
Foto: jasperegypt
Antibiotik merupakan ubat yang sinonim dengan masyarakat kita dan selalu dibekalkan selepas mendapat rawatn di klinik atau hospital.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga giat mengadakan promosi kesihatan mengenai kesedaran penggunaan antibiotik dalam masyarakat. Jadi kenapa antibiotik yang ditekankan kementerian, bukan ubat lain?Antibiotik adalah ubat yang berfungsi untuk membunuh bakteria yang menjangkiti tubuh badan manusia. Bakteria sememangnya ada pada tubuh manusia tetapi yang menyebabkan tubuh jatuh sakit adalah bakteria jahat.
Jadi, antibiotik bertugas untuk membunuh bakteria jahat tersebut. Secara ringkas sejarah antibiotik mula ditemukan oleh Alexander Fleming pada tahun 1928 yang mengubah dunia perubatan. Dengan penemuan aontibiotik itu juga membantu menurunkan kadar kematian ibu hamil yang diakibatkan oleh jangkitan pasca bersalin di mana pada ketika itu kadar kematian ibu melahirkan adalah 26.3% menjadi 8%.
Bilakah Antibiotik Diperlukan?
Antibiotik diambil ketika wujud tanda jangkitan bakteria pada tubuh seperti demam. Demam akan menyebabkan suhu tubuh meningkat bermula 38°C merupakan tanda adanya jangkitan bakteria dan ketika itu badan kita sedang berusaha membunuh bakteria jahat itu. Suhu badan yang tinggi membuatkan bakteria tidak aktif lalu memudahkan sistem pertahanan tubuh memusnahkannya.
Benarkan Antibiotik Berbahaya?
Benar, jika anda menggunakannya pada jalan yang salah. Antibiotik digunakan untuk mengekalkan kesihatan tubuh anda tetapi jika digunakan pada jalan yang salah, justeru ia akan mendatangkan bahaya.
- Tips Penggunaan Antibiotik
- Penggunaan antibiotik mestilah dikawal. Jangan anda mengambilnya dengan berlebihan. Jika doktor anda menyarankan mengambilnya untuk empat hari, ikuti arahan itu. Jika tidak, anda mungkin menggunakannya dengan salah.
- Jangan mengelak dari memakan antibiotik yang diberikan oleh doktor. Elakkan memberi pelbagai alasan. Dibimbangi bakteria di dalam tubuh anda semakin kebal dan tidak berjaya dilawan oleh antibiotik.
- Pastikan anda mengambil antibiotik yang berdaftar. Bagaimana mahu pastikannya?Cuba dapatkan rujukan doktor dan juga ahli farmasi anda.
- Pastikan juga anda mengambil antibiotik yang sesuai dengan penyakit yang anda hidapi. Dapatkan nasihat dan rujukan dari doktor.
Kesimpulan
Antibiotik itu perlu dan ambillah ia atas nasihat doktor. Hindari pengambilan diluar nasihat doktor. Habiskan jika diminta untuk dihabiskan, ambil sesuai dengan dos yang dinyatakan. Kita lebih bijak dari bakteria. jadi jangan sampai kita dipermainkan oleh bakteria!
<< Fahami fungsi utama protein buat tubuh anda di sini.
No Comment