Sejuta Kebaikan Vitamin B Complex
Vitamin B Complex adalah kumpulan vitamin yang memainkan peranan penting dalam metabolisme tubuh.
Tahukah anda, setiap hari kita akan kehilangan vitamin B melalui sistem penghadaman kerana ia merupakan vitamin larut air? Oleh itu, pengambilan Vitamin B setiap hari sangatlah penting. Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, beras, telur, buah-buahan, gandum, hati, ikan, kentang manis dan banyak lagi. Namun, kita perlu tahu bahawa vitamin B yang lengkap adalah vitamin B complex.
Risiko yang akan kita hadapi sekiranya kekurangan vitamin B Complex adalah ia boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak sekaligus meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu,kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori.
Golongan Yang Harus Ambil Vitamin B Complex?
- Individu yang banyak terdedah kepada sinaran matahari.
- Individu yang dibebani tekanan dan kerja yang banyak.
- Individu yang mempunyai sakit kencing manis,tekanan darah tinggi dan migraine.
- Individu yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.
- Individu yang menjaga kecantikan tubuh badan.
- Individu yang mahu kelihatan cantik dan muda.
- Wanita yang mengandung dan menyusukan anaknya.
- Wanita yang mengambil pil perancang.
Kelebihan Vitamin B Complex
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
3. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
4. Mencegah tekanan daripada berlaku.
5. Menguatkan antibodi tubuh.
6. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
7. Mencegah anemia.
Kelebihan Vitamin B Complex Untuk Kanak-Kanak
- Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.
- Meningkatkan kemampuan berfikir.
- Memberikan tambahan tenaga.
Kelebihan Vitamin B Complex Untuk Orang Dewasa
- Menambah tenaga.
- Mengurangkan tekanan.
- Melambatkan proses uban di rambut.
- Membantu meningkatkan konsentrasi dalam pekerjaan
Kelebihan Vitamin B Complex Untuk Ibu Mengandung
- Diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
- Mencegah anemia.
Kebaikan B Complex Untuk Kecantikan
- Vitamin B3 (Niasin) – Membaiki aliran darah pada kulit kepala
- Vitamin B5 (Pantotenik), Vitamin B6 (Piridoksin) – Mengurangkan masalah rambut gugur dan rambut beruban.
- Vitamin B12 (Sianokobalamin) – Mengatasi masalah rambut gugur.Biotin – Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut dan juga berfungsi mengawal rambut beruban.
- Vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 membantu mengurangkan sakit senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan tekanan.
- Vitamin B6 dapat menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita dan membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu mengurangkan tekanan dan mencegah anemia.
B Complex Untuk Kecantikan Kulit
B complex sememangnya terkenal sebagai rahsia untuk awet muda kerana ia menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia berperanan penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, mengurangkan migraine,keletihan,tekanan,insomniadan juga mencegah rekahan mulut selain mengurangkan garis-garis halus di kulit. Antara peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
- Sebagai pelembap.
- Mencegah pigmentasi.
- Melambatkan tanda penuaan.
- Mengubati jerawat.
Kredit foto: gsprushfit
<< Ketahui khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan di sini.
No Comment