Petua PemakananSihat

Buah Melon Menyimpan Sejumlah Khasiat Bagi Kesihatan Manusia

Buah Melon - Women Online Magazine

Foto: img1

Anda penggemar buah melon yang segar dan enak? Jika ya, anda patut bergembira kerana di sebalik rasanya yang enak, buah ini menyimpan sejumlah khasiat bagi kesihatan manusia.

Melon atau yang dikenali dengan nama saintifik Cucumis Melo L adalah buah yang berasal dari suku Cucurbitaceae. Ia masih bersaudara dengan timun serta labu sayur. Buah ini sering dimakan sebagai pencuci mulut selepas makan besar.Teksturnya yang lembut serta kandungan airnya yang melimpah apabila digigit juga adalah alasan kenapa buah melon digemari ramai.

Khasiat Buah Melon

Bagaimana buah melon dapat membasmi dan mencegah kanser? Jawapannya adalah pada kandungan karotenoid. Perlu diketahui, karotenoid adalah pigmen yang berfungsi sebagai pemberi warna pada buah dan sayuran. Kandungan karotenoid yang tinggi pada buah ini boleh mencegah serangan kanser, khususnya kanser paru-paru dan kanser payudara.

Buah melon mengandungi kolagen, zat sebatian protein yang mempengaruhi integriti struktur sel di semua rangkaian kulit. Kolagen juga mempunyai fungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan menjaga kulit. Buah melon akan membuat kulit kelihatan halus dan tidak kering.

Kandungan adenosine dalam buah melon mampu mencegah dan menghentikan penggumpalan peredaran sel darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung. Ia melancarkan peredaran sel darah merah yang boleh mengurangkan serangan jantung.

Buah ini kaya dengan kandungan zat beta-karoten yang berguna untuk meningkatkan ketajaman penglihatan dan menjaga kesihatan mata. Beta-karotena akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A dan digunakan memperbaiki meningkatkan fungsi mata.

Kandungan kalium dalam buah melon merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh untuk membantu mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Hal ini akan sangat membantu untuk mencegah terjadinya strok.

Pedih ulu hati terkadang berasal dari makanan yang kita ambil namun kandungan buah melon mempunyai kadar air sehingga 90% akan memberikan kesan untuk menenangkannya. Oleh kerana itu, buah melon sangat bermanfaat untuk meredakan pedih ulu hati.

  • Membasmi Radikal Bebas

Buah melon sangat kaya dengan kandungan antioksidan flavonoid seperti beta-karotena, lutein, zea-xanthin dan Cryptoxanthin. Antioksida ini mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel-sel dan struktur lain dalam tubuh dari radikal bebas. Kemampuan ini boleh membantu dalam hal perlindungan terhadap usus besar, prostat, payudara, endometrium, paru-paru, dan kanser pankreas.

<< Ketahui 10 kebaikan buah tembikai yang selama ini mungkin anda tidak tahu di sini.

Previous post

Tips Kulit Cantik – Ketahui 6 Jenis Makanan Yang Berfungsi Menegangkan Kulit

Next post

Cara Merawat Rambut Keriting Supaya Tidak ‘Mengembang’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *