Atasi Masalah Rambut Beruban Dengan Khasiat Daun Inai
Foto:upload
Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya pada bahagian daun. Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12. Namun, ada pihak lain mendakwa inai berasal dari India.
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.
Selain itu, daun inai digunakan sebagai pemerah kuku untuk majlis perkahwinan, baik untuk mempelai wanita mahupun lelaki. Ia dijadikan sebagai tanda bahawa seseorang itu baru sahaja menikah atau melangsungkan perkawinan
Khasiat Daun Inai
- Daun inai boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
- Menyelesaikan masalah perut masuk angin dan cirit-birit.
- Daun inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Bersihkan daun terlebih dahulu, kemudian tumbuk daun sehingga hancur. Selepas itu, sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
- Daun inai juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki.
- Daun inai yang dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal-sengal tulang.
- Jus daun inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas.
- Mampu merawat penyakit hati seperti sakit atau demam kuning yang selalu dihadapi oleh bayi yang baru lahir dan hati membengkak.
Info Ekstra
Daun inai juga boleh digunakan sebagai pewarna rambut semujadi yang tentunya bagus untuk rambut dan kulit kepala. Di samping mampu menghitamkan rambut yang beruban. Caranya mudah sahaja, ambil daun inai sesuai dengan keperluaan. Cuci sehingga bersih, kemudian tumbuk atau kisar sehingga lumat. Letakkan sedikit air. Setelah itu, sapukan dan ratakan pada rambut anda. Biarkan selama sejam agar pewarnaan tersebut sempurna. Selepas itu, cuci rambut dengan syampu agar bersih, lalu dikeringkan.
<< Ketahui khasiat lada hitam yang boleh mengurangkan berat badan di sini.
No Comment