4 Khasiat Jambu Air
Adakah anda pernah tahu akan rahsia yang tersirat di sebalik kesedapan jambur air ?Jom ketahui khasiat air jambu
Jambu air, selain rasa buah yang segar ia juga memiliki banyak manfaat. Bukan sekadar buahnya sahaja, bahkan pohon serta daunnya juga baik untuk kesihatan.Biasanya pokok jambu air ini ditanam di perkarangan rumah. Selain dijadikan penyeri pemandangan di sekitar kediaman, ia juga sesuai dijadikan tempat berteduh.
ANTARA KHASIAT JAMBU AIR ADALAH:
1.Sebagai antioksidan untuk kulit
Kandungan vitamin C dalam buah jambu air berperanan penting untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak khususnya sebagai perawatan kulit, menjadikan kulit tampak lebih segar dan peredaran darah lancar.
Buah jambu air ini mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan tubuh terutama kandungan airnya yang begitu menyegarkan.
Di sebabkan jambu air kaya dengan kandungan vitamin C dan A ,dipercayai sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C yang didapati dari 100gram jambu air adalah sangat tinggi. Kandungan vitamin A –nya juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah epal.
3. Melancarkan sistem penghadaman
Kandungan serat dan air yang banyak dalam jambu air sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman. Khasiatnya juga dianggap sebagai ‘komponen diuretic’ /merangsang serta melancarkan pembuangan air kecil. Bagi sebahagian orang, jambu air turut bermanfaat untuk meredakan bengkak pada kulit kaki dan tangan.
4. Menjaga kesihatan mata
Jambu air juga mengandungi vitamin A yang sememangnya diperlukan oleg mata agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia kita. Pengambilan jambu air juga baik untuk mengatasi mata kuyu yang disebabkan oleh keletihan mata.
<<< Jom ketahui rahsia kelebihan makan coklat di sini..
No Comment