Lebih Awet Muda Dengan Khasiat Jambu Batu
Foto: cara
Jambu Batu atau nama saintifiknya Psidium Guajava, merupakan buah-buahan tropika. Pokok Jambu batu berasal dari keluarga “Myrtaceae”.Jambu Batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika.
Jambu Batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika.Di Malaysia, penanaman Jambu Batu secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.
Khasiat Jambu Batu
- Jambu Batu dipercayai menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
- Kandungan zat besi dan kalsium yang sederhana sesuai untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh.
- Membantu pertumbuhan dan kecantikan kulit yang licin dan sihat.
- Ia juga boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah.
- Membantu penghadaman dan mengelak sembelit serta mengubati cirit-birit.
- Jambu Batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi di dalam bentuk asid askorbik. Kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain.
- Menurunkan paras gula dan kolesterol dalam darah.
- Mengawal tekanan darah dalam badan.
- Ia membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
- Bertindak sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan, awet muda, melawan kanser dan immuniti).
- Jambu Batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Info Extra!
- Buah Jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah.
Buah Jambu Batu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang banyak.
<< Ketahui pelbagai khasiat pisang kaki di sini.
Related Posts
Tags:Khasiat Jambu Batu
No Comment