Petua PemakananSihat

6 Khasiat Labu Yang Sungguh Luar Biasa

khasiat labu - women online magazine

Khasiat Labu.Adakah anda biasa membuat bubur labu atau mmemasak masakan menggunakan labu?


Anda sememangnya bijak kerana terdapat banyak khasiat labu.Buah labu tidak asing lagi di kalangan penduduk majmuk di dunia. Ia dikenali kerana labu menjadi simbol dan ukiran kepada perayaan atau pesta “Halloween” yang disambut oleh penganut Kristian amnya.

Labu juga dijadikan peribahasa dalam masyarakat Melayu,iaitu seperti “tikus membaiki labu”. Labu sering digunakan sebagai bahan masakan.  Ia menunjukkan bahawa buah labu atau yang kadangkala disebut labu kuning  ini bukanlah sayuran asing dalam kehidupan kita.

Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W  amat menyukai buah labu dan menjamu sebagai hidangan yang istimewa kepada sahabat-sahabatnya. Baginda sendiri menyuruh isterinya, Aisyah R.A supaya memasukkan labu di dalam kuah gulainya.

Berikut adalah antara khasiat labu untuk kesihatan:

1. Memulihkan kerosakkan kulit

Fungsi vitamin A dan beta karoten  sangat berguna bagi kesihatan mata dan kulit, daya ketahanan tubuh serta peranakan.

UV.Alpha karoten yang terdapat di dalam labu juga dapat mengelakkan dari terkena penyakit barah, awet muda dan terlindung daripada penyakit katarak. Selain itu, karotenoid mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan antibody di dalam tubuh badan kita.

Labu juga sesuai kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan kerana khasiatnya di dalam vitamin dapat membantu kita mendapat penglihatan visual yang lebih baik.

Baca Juga: Vitamin Untuk Kulit Cantik

2. Melancarkan peredaran darah di dalam badan

Fungsi panthothenic acid ini di dalam labu ialah vitamin ini dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress. Vitamin B5 juga dipercayai dapat memperlambatkan timbulnya uban.

3. Kulit menjadi licin

Labu juga sesuai kepada sesiapa yang meinginkan kulit yang sihat dan licin. Vitamin C di dalam labu dalam melicinkan dan merawat kulit yang rosak. Ia juga dapat menurunkan kolestrol di dalam badan dan dapat mencegah daripada terkena kanser.

4. Menguatkan struktur tulang

Labu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat magnesium di dalam labu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.

5. Sistem percernaan yang baik

Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu. Khasiat serat dapat menghidarkan kita dari penyakit jantung dan membantu untuk mengurangkan berat badan kerana Ia dapat membantu sistem pencernaan yang lebih baik

Baca Juga: Penyebab Sembelit

6. Menjamin Kesihatan Kandungan

Ia amat sesuai kepada ibu yang mengandung kerana ia dapat menjamin kesihatan anak di dalam kandungan kerana labu kaya dengan khasiat zat besi. Ia berupaya membawa oksigen di dalam badan yang secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan dan fungsi otak

Jelas, labu banyak khasiatnya pada kita. Selain boleh dijadikan sebagai ‘rempah’ di dalam masakan,labu juga sesuai dijadikan sebagai bahan untuk pencuci mulut seperti yogurt.

Nota Kaki: Ayuh, mulakan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan labu! Jadi, jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

Previous post

Cara Terbaik Mengatasi Rambut Berminyak

Next post

Kita Boleh Mendapat Kanser Dengan Mencukur Bulu Ketiak?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. December 10, 2015 at 11:26 am — Reply

    Wow.. Manfaat yang baik utk kesihatan. Boleh buat pengat, buat masak lemak pun sedap.. Yangtak suka makan labu tu, belajar-belajar untuk suka demi kesihatan anda..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *