Petua PemakananSihat

Langsingkan Tubuh & Atasi Sakit Kepala Dengan Limau Kasturi

Limau Kasturi - Women Online Magazine

Foto: daleysfruit

Perahan jus limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan.Namun, keistimewaannya tidaklah terhenti setakat itu. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti asma, sakit tekak dan juga pening kepala. Selain itu, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

Khasiat Limau Kasturi

  • Mengurangkan Asma

Ambil sesudu madu. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami asma.

Perahan limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat.

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia dipicit.

Ambil beberapa biji limau kasturi, kemudian potong kepada 2 bahagian. Ramaskan limau kasturi itu kebahagian ketiak anda beberapa kali dan bilas sehingga bersih. Amalkan beberapa kali seminggu.

Petik 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

<< Ketahui khasiat rumput jarum emas di sini

Previous post

Tips Diet Sihat Bagi Wanita Yang Bakal Memasuki Saat Menopause

Next post

Tanda & Umur Yang Sepatutnya Bayi Anda Tumbuh Gigi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *