Petua PemakananSihat

Beras Merah Lebih Berkhasiat Daripada Beras Putih. Jadi, Jom Ubah Selera!

Khasiat Beras Merah - Woman Online Magazine

 

Kredit :

bobsredmill

 

Beras merah adalah sejenis beras yang memiliki pelbagai kandungan vitamin terutama vitamin B dan vitamin E. Beras merah memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh dan boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Bahkan pengambilan beras  merah juga baik untuk mengatasi stress sekaligus mengendurkan otot yang tegang.Ini adalah kerana di dalam beras merah terdapat zat-zat seperti kandungan mineral yang tinggi, vitamin serta serat semulajadi. Selain itu, beras merah juga kaya akan dengan zat-zat lain seperti ‘fenolat’ yang berfungsi sebagai selenium dan antioksidan yang tinggi.

Mungkin selama ini, kita hanya makan beras putih sahaja sehingga kita tidak berminat atau tertarik untuk mencuba jenis-jenis beras yang lain.Beras merah memiliki kandungan gizi yang sama dan bahkan lebih bila dibandingkan dengan beras putih. Mengikut sumber, Experimental Biology Annual Conference, mereka pernah melakukan kaji selidik di Anaheim, California, AS. Berdasarkan kajian tersebut, ternyata terdapat dua jenis beras yang berkhasiat untuk mencegah risiko serangan jantung dan tekanan darah tinggi, iaitu beras setengah giling dan beras merah.

Beras merah lebih unggul  dan berkhasiat daripada pada beras putih. Perkara ini dapat dibuktikan dengan melihat fungsi utama dari beras merah sebagai pelindung tubuh dari penyakit ‘arteriosclerosis’ dan tekanan darah tinggi. Selain itu, beras merah juga mengandungi serat, nutrisi penting serta karbohidrat kompleks yang baik untuk tubuh. Anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, semak khasiat beras merah untuk diet anda.

Menurunkan Kolesterol

Beras merah adalah makanan yang mengandungi minyak sebagai jalan menangani kolesterol jahat. Anda yang sedang berdiet disarankan mengambil oatmeal atau beras merah pada setiap pagi untuk sarapan.

Mengandungi Vitamin B-6

Vitamin B-6 membantu tubuh anda untuk menjalankan fungsi organ dengan baik. Ini adalah kerana di dalam vitamin B-6 mengandungi khasiat dalam menjaga keseimbangan daripada pembentukan hormone serotonin, sel DNA serta sel darah merah.

Kadar Zinc Yang Tinggi

Zinc merupakan mineral yang berfungsi dalam penyembuhan luka serta menjaga sistem pertahanan tubuh agar dapat berjalan dengan baik. Di samping itu, zinc juga merupakan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Serat Tinggi

Serat adalah nutrisi yang sangat diperlukan oleh proses penurunan berat badan. Tanpa serat, anda akan berterusan berasa lapar dan sukar untuk berasa kenyang. Oleh sebab itulah, anda disarankan mengambil beras merah setiapkali bersarapan pagi akan perut boleh menahan lapar sehingga ke petang.

Kadar GLycemic Index Rendah

Salah satunya makanan dengan karbohidrat kompleks adalah beras merah. Ia memiliki tahap glycemic index rendah yang berguna untuk mengawal kadar gula darah dan pengeluaran insulin. Selain itu,beras merah  juga menyediakan energi untuk memaksimumkan kesihatan anda.

Info Ekstra!

Khasiat Beras Merah Untuk Bayi

Beras merah juga mempunyai beberapa khasiat untuk tumbesaran bayi. Antara khasiat beras merah untuk bayi:

Zat tepung yang terdapat di dalam beras merah dapat meningkatkan serotonin di dalam otak yang mana berfungsi untuk mengatur tidur. Manakala kandungan glycemic index dapat membantu mengatur kadar gula yang ada di dalam darah. Dengan memberikan beras merah, bayi akan  tidur dengan lebih nyenyak dan tidak akan mudah terbangun di malam hari akibat kelaparan.

  • Mencegah sembelit

Beras merah memiliki kandungan serat yang tidak boleh larut di dalam air.Pengambilan beras merah dapat mencegah sembelit. Anda disarankan untuk memberikan anak anda nasi merah, setiapkali dia mengalami masalah sukar  membuang besar. Serat beras merah akan membantu menyerap air sehingga kotoran akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.Pengambilan nasi merah membuat anak menjadi lebih sihat.

<< Ketahui punca dan cara merawat bayi cirit birit di sini.

Previous post

Penawar Sakit Buah Pinggang - Pastikan Anda Pilih 10 Makan Makanan Ini

Next post

Ketahui Cara Betul Mencukur Bulu Ketiak Supaya Ketiak Anda Tidak Kekal Hitam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *