“Roselle” Kurangkan Kolestrol Berlebihan Dalam Badan & Jadi Penawar Migraine
Roselle atau namanya dalam bahasa Melayu Asam Belanda merupakan sebuah tumbuhan yang berasal dari keluarga bunga raya.Tumbuhan yang dipercayai berasal daripada India dan Afrika Barat ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lalu.
Roselle boleh tumbuh melalui biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meterdan mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Berikut adalah khasiat Roselle yang perlu anda ketahui.
Khasiat Roselle
- Buah Roselle dituai segar, dan calyces mereka dijadikan minuman yang kaya dengan vitamin C dan antosianin.
- Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak.
- Mencegah pembentukan batu karang.
- Vitamin C dan serat yang tinggi dalam roselle bertindak sebagai anti kanser.
- Dipercayai boleh menjadi penawar kepada migraine.
- Mengurangkan kolestrol yang berlebihan dalam badan.
- Menstabilkan tekanan darah tinggi.
- Roselle mampu melancarkan pembuangan air kecil.
- Mengurangkan risiko diserang penyakit jantung.
- Mengubati insomnia, asma dan alergi.
- Melambatkan proses penuaan di wajah.
- Membantu proses pencernaan.
- Menstabilkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.
- Merangsang kecerdasan minda.
Info Extra!
- Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
- Roselle juga boleh diproses menjadi jeruk manis. Biasanya ia dihasilkan sebagai hasil sampingan dari pengeluaran jus. Walau bagaimanapun, jeruk manis yang berkualiti mungkin memerlukan proses pengeluaran khas.
Kredit foto: muslimproducts.com.my
<< Ketahui khasiat kacang bendi untuk kesihatan tubuh badan anda di sini.
Related Posts
Tags:Khasiat Roselle
No Comment