Petua PemakananSihat

Sayur Sawi Bagus Untuk Mengubati Penyakit Anemia

sawi - asl training

Kredit : bibitbunga

Sayuran hijau seperti sawi termasuk dalam salah satu jenis sayuran yang paling berkhasiat. Sayur sawi sendiri terbukti baik digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan penyakit termasuk mengurangkan risiko kanser.

Berikut beberapa nutrisi serta manfaat sayur sawi yang patut anda ketahui:

1. Vitamin C

Sayur sawi mengandungi sama banyak vitamin C dengan buah oren.Vitamin C memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan luka (antibiotik) serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk melawan infeksi.

2. Mengurangkan Risiko Diabetes Tahap 2 & Menjaga Kesihatan Jantung

Sayur sawi merupakan sumber asid alfa-linoleat, asid lemak omega-3 yang penting bagi kesihatan otak, mengurangkan risiko diabetes tahap dua serta meningkatkan kesihatan jantung.

3. Mencegah Peradangan Serta Pembentukan Plak Di Arteri

Sayur sawi memiliki banyak ‘fitonutrien’, ‘quercetin’ yang membantu memerangi peradangan dan mencegah pembentukan plak di arteri dan sulforaphane, persenyawaan pelawan kanker. Tapi semua persenyawaan itu akan lebih efektif jika dikombinasikan dengan makanan lain seperti avokado dan minyak zaitun

4. Mengawal Kadar Kolesterol

Daun sayur saw yang berwarna hijau gelap mengandungi jumlah serat yang sangat baik untuk membantu mengawal kadar kolesterol dan juga melindungi penyakit buasir, sembelit serta penyakit kanser usus besar.

5. Sumber Antioksidan

Sayur sawi segar merupakan sumber dari beberapa anti-oksidan dan mineral seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, karoten seta beberapa mineral penting lainnya seperti kalsium, zat besi, magnesium, kalium, zinc, selenium dan mangan.

6. Merawat Anemia

Sayur sawi termasuk dalam kategori sayur yang mempunyai zat besi yang cukup bagus sehingga baik untuk pesakit anemia. Kandungan zat besi di dalam sayur sawi mampu meregenerasikan hemoglobin dengan baik.

<< Ketahui kebaikan sayur bunga kobis di sini.

Previous post

Apa Sebab Zahid AF2 Ingin Kembali Aktif Menyanyi?

Next post

6 Makanan Yang Patut Anda Makan Setelah Penat Bekerja

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *