Petua PemakananSihat

5 Petua Kurus Dengan Minuman

petua kurus - woman online magazine

Kredit Foto : gift57

Petua Kurus.Sekiranya anda mahu menurunkan berat badan, selain menjaga pola pemakanan anda sebenarnya juga perlu menitikberatkan soal apa yang anda minum.

Mungkin ada di antara kita yang berfikir bahawa minuman seperti jus buah-buahan dan minuman berenergi sihat untuk tubuh.

Tetapi, tahukah anda kebanyakan daripada minuman tersebut telah ditambah dengan gula dan zat aditif lain yang boleh mempengaruhi keupayaan penurunan berat badan anda.Jadi, jika anda mahu mengurangkan berat badan, anda perlu minum minuman yang kurang kalori dan yang boleh meningkatkan metabolisme anda. Anda mempunyai banyak pilihan minuman yang menyegarkan dan boleh menjadi petua kurus!

Berikut adalah beberapa petua kurus dengan pilihan minuman yang boleh membantu menurunkan berat badan anda:

  1. Air Putih

Menjaga tubuh agar terhidrasi dengan baik sangat penting ketika anda mahu menurunkan berat badan. Minum cukup air putih secukupnya kerana ia akan menjaga keseimbangan cecair, mencegah rentensi cecaor (penyebab utama perut kembung). Di samping itu, ia akan meningkatkan rasa kenyang sehingga anda boleh mengurangkan pengambilan makanan.Agar lebih menyegarkan anda boleh tambahkan hirisan lemon, mint, atau buah-buahan segar lain ke minuman tersebut.

 

  1. Kopi Hitam

Kopi hitam juga dianggap sebagai minuman yang sangat efektif dan boleh dijadikan petua kurus kerana ia sangat membantu dalam mengurangi berat badan. Kopi hitam adalah minuma efektif yang akan membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh anda. Ia meningkatkan suhu tubuh dengan mudah dan secara tak langsung akan membantu mengurangkan rasa lapar anda dalam waktu yang lama.Cubalah petua kurus ini dengan meminum dua cawan kopi hitam tanpa gula setiap hari akan membantu dalam mengurangi kelebihan berat badan anda setelah beberapa minggu.

 

Baca Juga: Kebaikan Lulur Kopi

 

  1. Jus Tembikai

Petua kurus yang seterusnya adalah dengan jus tembikai. Pastikan jus ini tidak dicampurkan dengan gula. Jus tembikai adalah minuman yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga. Tembikai merupakan salah satu buah-buahan adalah penghilang dahaga semulajadi kerana tingginya kandungan air dalam buah ini. Kelebihan lainnya, buah ini mengandung banyak nutrisi, termasuk likopen yang boleh mencegah kanser dan juga asid amino arginin yang boleh menurunkan lemak tubuh dan meningkatkan massa otot.

 

Baca Juga: Buahan-Buahan Yang Mengandungi Vitamin C

 

  1. Air Kelapa

Salah satu minuman energi semulajadi ialah air kelapa. Petua kurus menggunakan air kelapa mampu membantu anda dalam meningkatkan metabolisme dan ia sarat dengan elektrolit. Minum 1-2 gelas air kelapa setiap hari akan memberikan energi yang diperlukan selama satu hari.Ini akan membantu dalam melancarkan metabolisme dan juga membantu dalam membilas semua racun yang dikeluarkan dari dalam tubuh Anda.

 

Baca Juga: Khasiat Teh Hitam

 

  1. Teh Hijau

Petua kurus dengan minuman yang seterusnya adalah dengan teh hijau. Minuman ini tersenarai dalam kategori minuman sihat. Kandungan ‘katekin’ di dalamnya terbukti efektif untuk menghancurkan lemak. Pengambilan secawan teh hijau sebelum bersenam mempermudahkan lagi proses pembakaran lemak sepanjang anda bersenam.

 

Nota Kaki: Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa SHARE dengan kawan-kawan anda.

<< Ketahui tips menguruskan badan menggunakan cara tradisional di sini.

 

 

 

Previous post

Sopan Dan Bergaya Di Hari Raya

Next post

Mekap Natural Buat Wajah Anda Nampak Lebih Segar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *