Susah Tidur? Ketahui ‘Ubat Tidur Semulajadi’ Di Sini…
Kredit : skinnymom
Sukar tidur boleh menganggu kehidupan sesiapa sahaja yang mengalami masalah ini.Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh dijadikan ‘ubat tidur’. Ubat tidur semulajadi ini dapat menenangkan otot dan fikiran serta dapat mengaktifkan hormon melatonin dan serotin untuk membantu anda tidur lebih lena.
Berikut adalah ubat tidur semulajadi…
The chamomile dikatakan tidak mengandungi kafein dan merupakan salah satu minuman terbaik yang boleh anda ambil sebelum tidur. Pengambilan teh boleh meningkatkan ‘glycine’, persenyawaan kimia yang merelakskan saraf dan otot.
Buah berwarna merah ini mengandungi ‘melatonin’. Pengambilan jus ceri dua kali sehari dikatakan boleh mengurangkan gangguan insomnia.
Biasakan diri untuk minum segelas susu suam sebelum tidur di malam hari. Tidur anda akan menjadi lebih nyenyak kerana di dalam segelas susu mengandungi ‘tryptophan’ yang berfungsi merangsang tidur anda menjadi lebih lena.
Makan pisang sebelum tidur boleh dijadikan ubat tidur mujarab kerana ia mampu membuatkan tidur anda menjadi lebih puas dan lena. Ini adalah kerana di dalam pisang terdapat potassium dan magnesium yang berfungsi untuk mengendurkan otot-otot anda sehingga membuatkan tubuh anda menjadi lebih relaks dan tidur anda pun jadi lebih nyenyak.
Makanan seperti biskut pretzel dan kerepek jagung mempunyai jumlah ‘glikemik’ tinggi. Lonjakkan semulajadi kadar gula darah dan insulin tubuh setelah anda menikmatinya boleh mempercepatkan rasa menganguk. Ini adalah kerana kadar gula darah dan insulin yang tinggi membantu ‘triptofan’ masuk ke otak sehingga membuatkan anda rasa mengantuk.
Ikan seperti tuna dan salmon kaya dengan vitamin B6 yang diperlukan oleh tubuh untuk pengeluaran melatonin dan serotonin. Makanan lain yang mengandungi kandungan vitamin b6 yang tinggi ialah bawang putih.
<< Benarkah kurang tidur merupakan salah satu punca anda jadi gemuk? Baca selanjutnya di sini.
No Comment