ProblemSihat

Ketahui Punca Sebenar Buasir Berdarah

Punca Buasir - Woman Online Magazine

Kredit : magnifazine

Tahukah anda di antara punca sebenar buasir berdarah adalah kerana disebabkan terlalu banyak duduk, kerap membuang air besar, faktor keturunan penghidap buasir, hubungan seks terlarang(melalui dubur), kehamilan pada ibu mengandung yang disebabkan oleh hormone, penekanan pengaliran darah vena atau boleh juga kerana sembelit.

Antara tanda yang jelas dan umum tentang penyakit buasir adalah ketika anda membuang air besar anda boleh melihat ada darah yang ikut keluar, rasa gatal yang amat sangat pada dubur, munculnya benjolan dan boleh juga ditandai dengan adanya lendir dalam najis tersebut.

Punca Buasir Berdarah

Buasir berdarah adalah disebabkan pembengkakan pembuluh darah yang terjadi pada kawasan dubur dan menyebabkan rasa sakit. Buasir dibahagikan kepada dua, buasir internal dan buasir eksternal.Buasir internal adalah pendarahan pada pembuluh darah di rektum yang telah bengkak. Buasir jenis ini tidak menimbulkan rasa sakit, tetapi tetap menyebabkan pendarahan ketika anda membuang air besar dan anda boleh melihat darah itu keluar. Manakla buasir jenis eksternal, pendarahan pada vena yang mendorong darah keluar dari tubuh melalui rektum. Buasir eksternal agak menyakitkan dan cenderung gatal. Jika seperti ini, sebaiknya jangan digaruk kerana ia akan mengakibatkan pendarahan serta luka ketika anda menyapunya dengan menggunakan kain yang kasar.

Cara Menyembuhkan Buasir Berdarah

Lidah buaya atau Aloe Vera boleh digunakan untuk mengatasi masalah buasir berdarah. Gunakan kapas yang telah dicelup ke dalam jus lidah buaya untuk membersihkan daerah anus. Cara ini dapat membantu menghentikan pendarahan dan jangkitan.

  • Madu Asli

Sapukan madu pada bahagian dubur, tutup seketika dengan kapas untuk menghilangkan rasa sakit pada luka tersebut. Setengah jam selepas itu, lepaskan kapas dan basuhlah dengan madu suam.

  1. Daun Durian Belanda

Buah durian belanda mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh. Gunakan daun durian belanda untuk mengatasi masalah atau punca buasir ini. Dalam daun durian belanda mengandung ianonol, annohexocin, acid,dan berbagai mineral yang boleh mengubati buasir dan menambah daya ketahanan tubuh. Cara mengubati buasir adalah dengan menggunakan daun durian belanda. Rebus beberapa helai daun durian belanda, kemudian minum airnya dua kali sehari.

  • Susu

Susu juga merupakan salah satu ubat buasir semulajadi yang berkesan untuk menyembuhkan buasir berdarah ini. Anda yang menghidap penyakit bbiarisir disarankan untuk banyak makan makanan berserat. Cara mengubati atau menyelesaikan masalah punca buasir ini dengan meminum susu secara rutin. Susu boleh menjadi pengganti serat yang diperlukan oleh tubuh.

  1. Manggis

Buah manggis mengandungi banyak khasiat yang boleh mengubati pelbagai penyakit, salah satunya buasir. Namun, untuk merawat penyakit ini anda hanya perlu menggunakan kulit manggis. Di dalam kulit manggis mengandungi lebih banyak mineral baik berbanding buanya. Untuk mengubati buasir berdarah ini, gunakan kulit manggis yang sudah dikeringkan. Rendam dalam air suam. Untuk rasa yang lebih enak anda boleh mencampurkannya dengan sedikit madu.

<< Ketahui kebaikan senaman pagi yang dikatakan mampu memecah lemak di sini.

Previous post

Ketahui Manfaat Masker Payudara Dan Cara Membuatnya

Next post

Khasiat Kayu Cendana Cukup Efektif Untuk Memutihkan Kulit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *