Punca Gusi Berdarah Sewaktu Memberus Gigi
Gigi anda berdarah apabila memberus dan membersihkan gigi? Bagaimana mahu menghentikan pendarahan gusi?
Kebanyakan daripada anda pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis), terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos. Mungkin sampai ke satu tahap anda seakan-akan tidak mahu melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah.Tetapi menggosok gigi dengan kerap adalah penting. Gunalah berus gigi yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan.
Plak yang merupakan lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah. Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tips berikut:
- Anda perlulah memberus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
- Jika anda menggunakan berus gigi elektrik, ia adalah lebih berkesan untuk menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.
- Bersihkan di celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh menggunakan flos atau berus mini (interdental brushes).
- Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secara konsisten.
- Jika anda merokok, berhentilah kerana merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk.
Tanya doktor atau doktor gigi mengenai cecair kumur mulut yang selamat untuk digunakan. Cecair kumur mulut mengandungi antiseptik chlorhexidine boleh, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.
Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit lain seperti periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Selain itu, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk lagi.Tambahan pula, anda boleh mencuci gigi supaya bakteria tidak membiak ke kawasan gusi yang dipanggil sebagai (scaling).
Jika anda tidak merawat kerosakan yang disebabkan oleh periodontitis, gigi dan gusi anda menjadi rosak. Manakala jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Gusi akan terkena jangkitan dan bernanah. Ini dipanggil sebagai abses gigi.
- Ruang kosong akan terbentuk pada bahagian di mana gusi dan dasar gigi bertemu.
- Ruang kosong di sekeliling gigi menjadi semakin besar. Gusi akan mula meregang daripada dasar gigi.
- Gigi akan menjadi longgar.
- Gigi mula tercabut.
Hal ini mungkin kedengaran seperti menakutkan, namun ini adalah hakikatnya. Jika gusi anda berdarah dan bengkak, jumpalah doktor gigi dengan segera. Gigi anda boleh dibersihkan dan digilap sebagai salah satu rawatan bagi gusi bengkak. Ambillah peluang ini dan luangkan sedikit masa untuk berbincang dengan doktor gigi mengenai cara terbaik untuk menjaga gigi anda.
Punca gusi berdarah boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan berkaitan dengan:
- Mulut kering.
- Kurang menjaga kebersihan mulut.
- Diabetes.
- Tabiat merokok.
- Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).
Sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, ikuti petua untuk merawatnya. Lakukan 2 kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.
1. Ambil beberapa helai daun bacang atau daun machang dan bersihkan terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan daun bacang tadi ke dalam periuk yang berisi air.
3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.
4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.
5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.
6. Suamkan sedikit air rebusan ini terlebih dahulu ke dalam gelas.
7. Selepas itu, kumur menggunakan air rebusan tadi sekurang-kurangnya 3 minit.
Kredit foto: thinksteroids
<< Ketahui tips atasi bengkak kaki ketika hamil di sini.
No Comment