Punca Payudara Bengkak Menjelang Menstruasi & Cara Meredakan Kesakitan
Sakit kepala, sakit pinggang,perubahan ‘mood’,perut kembung,mengidam makanan,tekanan dan sebagainya sememangnya antara gejala yang sering berlaku menjelangnya saat menstruasi.
Terdapat juga satu lagi gejala yang sering berlaku kepada wanita menjelangnya menstruasi iaitu payudara bengkak. Sakit yang dialami disebabkan payudara bengkak menjelangnya menstruasi pastinya banyak dialami oleh wanita.Sakit payudara bengkak ini adalah satu keadaan yang dialami oleh ramai wanita iaitu hampir 70 peratus wanita akan mengalami sakit payudara pada sesuatu masa dan kadangkala kedua-dua payudara terasa sakit pada masa yang sama dan sakit ini terasa sehingga ke ketiak.Rasa sakit, bengkak atau ketidakselesaan pada payudara yang menyebabkan wanita berasa sukar untuk menyentuh payudara mereka dan juga tidak selesa ketika tidur.Masalah ini biasanya mula terjadi pada umur 20-an atau 30-an dan berakhir apabila menopause dicapai
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan payudara membengkak menjelang menstruasi atau PMS ini. Namun, penyebab utama adalah ketidakseimbangan hormon menjelang menstruasi. Menjelang menstruasi,hormon estrogen dan progesteron yang berfungsi sebagai hormon reproduksi mulai aktif dengan cara yang berbeza. Apabila hormon estrogen lebih rendah manakala hormon progesterone lebih tinggi,makanya payudara anda akan menjadi lebih besar dari ukuran normal sekaligus menyebabkan payudara bengkak.
Tips Mengatasi Payudara Bengkak Menjelang Menstruasi:
Langkah pertama untuk meredakan ketidakselesaan payudara anda ketika menstruasi adalah dengan menggunakan bra yang baik dan tepat. Contohnya,ketika anda bersukan,anda boleh menggunakan ‘sport bra’.
Perubahan pola makan yang sihat juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit ketika payudara bengkak. Hindari makanan yang mempunyai garam sodium yang tinggi kerana ia akan menyebabkan payudara membengkak dengan teruk. Selain itu, elakkan makan makanan yang mengandungi gula dan lemak saat menjelang menstruasi anda.
- Kafein
Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan nescafe kerana ia merupakan salah satu punca payudara anda bengkak dan sakit menjelang menstruasi.
Vitamin seperti vitamin A, B6 dan E membantu mengurangkan pembengkakan payudara dan rasa sakit padanya kerana ia berperanan untuk keseimbangan hormon dalam tubuh.
- Air putih
Banyakkan minum air putih untuk mengurangkan payudara anda bengkak.
Kesimpulan
Jika payudara tetap bengkak walaupun langkah pencegahan telah dilakukan,dapatkan rawatan segera dengan doktor anda.
Kredit foto: thedailybeast
<<Ketahui cara mengatasi masalah vagina kering di sini
No Comment