Miliki Perut Rata Dalam Tempoh 20 Hari!
Kredit Foto : aslifeshouldbe
Perut rata tanpa lemak memang diharapkan oleh ramai wanita. Namun, bukan semua wanita yang bernasib baik kerana memiliki perut yang rata.Sebaliknya ramai yang mengeluh dengan masalah perut buncit ini.
Sekiranya anda juga termasuk dalam senarai wanita yang mengalami masalah ini dan mahu mendapatkan perut rata dalam masa 20 hari, cubalah tips ini. Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan perut anda menjadi rata dalam tempoh 20 hari sahaja, jika pengambilannya dilakukan secara teratur. Anda perlu mengimbanginya dengan sedikit senaman secara teratur untuk membakar agar perut rata boleh anda miliki dengan cepat.
Baca Juga: Bakar Kalori
Berikut adalah jenis makanan yang boleh ‘meratakan’ perut anda:
Air lemon yang masam akan membantu anda membakar lemak di dalam perut dan mengeluarkan sampah di dalam perut.Jika anda mengalami masalah perut, gastrik dan sebagainya sebaiknya hindari meminum lemon ya!
Avocado kaya dengan enzim ‘lipase’ yang juga bermanfaat untuk penghadaman iaitu membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah ‘akumulasi’ gas di dalam perut.
Halia cukup berkesan untuk membantu membuang gas di dalm perut dan mengatasi kembung. Minum air halia setiap hari juga boleh membuatkan perut rata kerana ia membantu membersihkan perut dan menguatkan ketahanan tubuh.
Buah tembikai kaya dengan air dan dapat meningkatkan frekuensi dan volume air kencing yang sekaligus membantu mengeluarkan garam yang terjebak di dalam perut yang boleh menyebabkan perut anda menjadi kembung.
Selain kaya dengan protein, yogurt juga menjadi sumber ‘probiotik’ semulajadi membantu menyingkirkan perut buncit. Yogurt sangat baik untuk melancarkan sistem penghadaman dan mencukupi keperluan vitamin dan mineral. Yogurt juga boleh membantu mengeluarkan gas di dalam perut yang menjadi penyebab perut buncit.
Pisang yang kaya dengan kalium/potasium yang mampu mencegah terbentuknya gas di perut atau membantu mengeluarkan gas di perut. Pisang juga berupaya membuatkan perut kenyang sehingga menahan anda daripada makan berlebihan.
- Asparagus
Sayur hijau ini kaya dengan serat juga nutrisi yang mengenyangkan dan membantu melancarkan penghadaman.Asparagus juga membantu mengeluarkan sisa makanan yang berkumpul dan mengeluarkan air serta gas yang ‘tertahan’ di dalam perut. Selain itu asparagus juga mencegah kembung sehingga sangat baik meratakan perut.
Baca Juga: Khasiat Jus Sayur Dan Buah
Mengandungi enzim yang membantu menghadamkan protein. Jika penghadaman berlangsung dengan baik,bererti tidak akan ada gas yang terbentuk di dalam perut dan membuatkan perut anda menggembung.
- Nanas
Buah nanas kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya gas ketika proses penghadaman sehingga membuatkan perut anda rata. Selain itu, nanas juga elok untuk membersihkan usus dari lemak yang berkumpul di dalam perut anda.
Jom SHARE artikel ini.
<< Ketahui senaman ringkas untuk besarkan punggung di sini.
No Comment