Ketahui Risikonya Apabila Anda Kurang Tidur. Jangan Ambil Mudah!
Tidur adalah perkara penting untuk manusia. Ketika anda sedang tidur,otak anda akan berehat,sel-sel otak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
Jadi, sebab itulah tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan. Masa tidur bergantung juga kepada umur iaitu:
- Bayi – 16 jam
- 3 – 18 tahun – 10 jam
- 19 – 55 tahun – 8 jam
- Lebih 55 tahun – 6 jam
Namun tahukah anda salah satu bahaya kurang tidur adalah ia boleh membawa maut?
Bahaya Kurang Tidur Pada Kesihatan
- Kanser
Wanita yang sering bekerja pada waktu malam atau selalu terdedah kepada banyak cahaya pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
- Diabetes
Bahaya kurang tidur seterusnya ialah ia akan mengakibatkan kadar glukosa dalam darah naik hingga sembilan peratus bagi penghidap diaetes.
Tidur merupakan satu proses tubuh anda akan meregenerasi sel-sel yang ada di dalam tubuh. Apabila kita kurang tidur, maka tubuh kita akan lesu sehingga tubuh akan mudah diserang oleh berbagai virus.
- Hilang Fokus
Seterusnya,bahaya kurang tidur ialah anda akan hilang fokus ketika melakukan pekerjaan. Misalnya seorang pelajar akan mengalami masalah menumpukan perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas. Semasa peperiksaan pula,mereka akan mengalami kesukaran untuk mengingati kembali ilmu yang telah dipelajari.
Kita semua tahu bahawa orang yang kurang tidur akan mengakibatkan kulit kelihatan kusam dan pucat dan juga mengakibatkan mata kita menjadi bengkak. Tidur yang mencukupi akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.
- Kematian
Bahaya akibat kurang tidur yang paling ditakuti adalah kematian. Terdapat kajian yang mendapati bahawa orang yang kurang tidur lebih berisiko untuk mengalami kematian dua kali ganda berbanding dengan orang yang mempunyai tidur yang mencukupi.
Bahaya kurang tidur juga akan menyebabkan anda tidak dapat memberikan kepuasan atau tiada keinginan untuk ‘bersama’. Selain itu, ia juga akan menggangu pernafasan anda ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur.
Apabila kekurangan tidur, anda akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat sekaligus menjadikan berat badan anda akan naik lebih cepat.
Untuk kekal cantik dan sihat,anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi. Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin.
Tips Untuk Memperolehi Tidur Yang Berkualiti
- Sentiasa bersenam dan kekal cergas tetapi elakkan daripada bersenam ketika hampir waktu tidur.
- Sentiasa kekalkan waktu tidur yang teratur.
- Elakkan atau kurangkan waktu kerja shif.
- Sediakan katil dengan baik sebelum tidur.
- Jauhi makan makanan yang berat pada waktu malam.
- Jangan tidur ketika perut terlalu lapar.
- Kurangkan atau jangan ambil kafien sebelum tidur.
Kredit foto: haol-presents-assets.s3.
<< Ketahui punca-punca yang menyebabkan tangan anda sering kebas di sini.
No Comment