Tips Menghilangkan Kesakitan Gigi Bongsu
Foto: familydentalcarekc
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi.
Selain itu, pemeliharaan dan penjagaan gigi secara moden kini semakin pesat. Akibatnya, kerosakan pada gigi berkurangan. Kehadiran gigi bongsu yang dapat membantu apabila ada geraham lain yang rosak. Namun, ia kerap terhimpit kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Komplikasi Gigi Bongsu Terhimpit
- Jangkitan.
- Kesakitan pada gusi.
- Bengkak gusi.
- Penyakit gusi.
- Nafas berbau.
- Kerosakan pada gigi bersebelahan.
- Kesukaran membuka mulut.
Petua Menghilangkan Sakit Gigi Bongsu
- Berkumur dengan air suam yang dicampur bersama garam.
- Hisap ketulan ais batu supaya gusi menjadi kebas.
- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
RawatanSusulan
Jika gigi bongsu terhimpit:
- Antibiotik diberi jika mempunyai tanda-tanda jangkitan.
- Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air garam.
Jika gigi bongsu tidak terhimpit:
- Gusi yang berlebihan perlu dibuang.
Jika gigi bongsu terhimpit dan masalah berulang:
- Gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
<< Ketahui cara untuk menyelesaikan masalah gigi busuk di sini.
No Comment