SenamanSihat

5 Cara Tingkatkan Energi Dan Stamina Tubuh

CARA TINGKATKAN STAMINA - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Tingkatkan Stamina. Sebagai wanita anda perlu ketahui cara tingkatkan stamina kerana anda banyak terdedah kepada melakukan aktiviti seharian.

Badan yang mempunyai stamina tinggi akan terasa lebih segar dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, stamina yang tinggi juga akan memberi anda tenaga untuk mencapai sesuatu matlamat  serta melepaskan diri daripada belenggu kehidupan.

Paling penting, stamina yang tinggi akan memudahkan anda untuk lakukan pelbagai senaman bagi kesihatan dan pembinaan otot. Untuk meningkatkan stamina, anda perlu berusaha keras dan tidak boleh mengaku kalah.

 

Berikut 5 Cara Tingkatkan Stamina:

1. Makan makanan bersumber kekacang

Sumber kekacang adalah antara makanan yang mampu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi.

Zat besi diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang membantu dalam pengangkutan oksigen ke otot-otot.

 

2. Lakukan latihan High Intensity Interval

Antara banyak-banyak senaman kardio, senaman yang paling cepat untuk meningkatkan stamina pada tahap ‘tip top’ adalah High Intensity Interval Training (HIIT).

HIIT adalah contoh senaman larian di mana anda berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan (joging) dalam masa tertentu, kemudian berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu juga.

 

3. Tetapkan matlamat yang realistik dalam melakukan senaman

Jangan letakkan matlamat yang tidak realistik kerana ia akan membuatkan badan anda malas bekerja untuk mencapai matlamat tersebut.  Letakkan matlamat yang anda boleh capai. Langkah demi langkah, anda lepasi setiap matlamat anda. Secara tidak langsung , stamina anda juga akan bertambah.

 

Baca Juga: Cara Mengecilkan Paha

 

4. Lari secara bertempo

Mulakan larian dengan larian jonging biasa. Kemudian, lajukan larian anda sedikit demi sedikit. Contohnya lima minit dengan kelajuan biasa, lima minit lebih laju dan lima minit lebih laju.

Kemudian, kurangkan kelajuan kepada kelajuan biasa. Motif utama senaman ini adalah untuk mengerjakan otot-otot anda pada tahap maksimum. Asid laktik yang terkumpul di kaki dan otot-otot anda akan membantu anda untuk membina otot-otot yang berstamina tinggi.

 

Baca Juga:  Sakit Sendi Lutut

 

5. Larian laju seminit

Anda jogging dengan kelajuan biasa selama lima minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit. Kemudian, anda lari pada kelajuan biasa selama dua minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit.

Kaedah fizikal yang bagus boleh membina stamina dengan cepat dan berkesan. Namun, makanan dan minuman juga memainkan peranan membekalkan tenaga untuk kita jalani aktiviti fizikal tersebut.

Minuman pemberi tenaga seperti ‘Tricajuice’ dan ‘Isotonik’ boleh membantu meningkatkan stamina anda ketika bersukan atau melakukan aktiviti seharian.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Jom ketahui apa itu senaman kagel untuk wanita di sini..

Previous post

Punca Bayi Gatal Kulit Kepala

Next post

5 Cara Ubah Ruang Tamu Agar Nampak Mewah!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *