7 Senaman Untuk Menambah Tinggi Badan
Melakukan senaman untuk tambah tinggi merupakan salah satu cara nak tinggi dengan cepat jika di amalkan..
Ada beberapa latihan yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan tinggi badan. Lakukan senaman berikut untuk mendorong pertumbuhan,memanjangkan tulang belakang, meningkatkan fleksibiliti dan memperkuatkan otot-otot perut.
Pilih salah senaman yang paling sesuai dengan diri anda. Paling penting, anda mestilah melakukannya dengan teratur dan konsisten.
1. Lari Cepat Jarak Pendek
Senaman ini bermanfaat meningkatkan pelepasan hormon pertumbuhan. Penekanan pada otot kaki sepanjang senaman memberikan pemanjang pada tulang dan otot. Sungguhpun begitu, jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot dan buku lali.
2. Menendang
Berdiri dnegan kali lebar dan angkat satu kaki kemudian lakukan gerakan menendang. Ulangi, minimum 20 tendangan pada satu kaki dan kemudian beralih ke kaki yang satu lagi.
3. Melompat
Berdiri di depan bangku atau tangga yang ukurannya tidaklah terlalu tinggi. Mulai, lompat dengan satu kaki dalam sepuluh kiraan. Kemudian, ulangi dengan kaki yang satu lagi. Lakukan gerakan melompat hingga tiga kali.
4. Berenang
Senaman ini sangat efektif untuk membuat tubuh fit dan lebih fleksibel. Lakukan renang gaya dada dan lakukan minimum 20 minit.
5. Bergayut
Gunakan penahan atau ambang pintu yang tinggi. Awali posisi dengan berdiri lalu biarkan tubuh bergayut. Posisi kaki mestilah lurus, dan ayunkan badan. Lakukan gerakan ini paling kurang 10 kali dalam sehari.
6. Lompat Tali
Senaman ini paling menyeronokkan. Apatah lagi, jika anda melakukannya sambil mendengar muzik menghentak. Lakukan sebanyak 300 kali setiap hari.
7. Berbasikal
Gerakan mengayuh basikal membuatkan jari kaki terus mencapai pedal. Ini merupakan peregangan yang boleh membuatkan kaki menjadi lebih panjang. Lakukan sekitar 10-15 minit.
Itu sahaja tips cara nak tinggi yang dapat kami kongsikan buat masa ini. Jika ada tips yang lain kami akan kongsikan dari masa ke semasa. Teruskan setia bersama kami dengan follow atau like Fanpage kami di WOM.my
Kredit foto kepada texashealthheart
<< Jom ketahui cara senaman buang lemak selepas bersalin di halaman berikutnya
1 Comment
Boleh gunakan alat tambah ketinggian… mudah, murah dan berkesan