SenamanSihat

Perlu Dicuba! Senaman Ringkas Kecilkan Lengan Yang Berlemak

Senaman Kecilkan Lengan - Women Online Magazine

Foto: wpbf

Wanita mana yang tidak mementingkan bentuk badan mereka bukan? Pastinya risau apabila memiliki lemak berlebihan di mana-mana anggota badan.

Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Tapi bagaimana untuk mengurangkan saiz lengan? Apa senaman yang sesuai untuk mengecilkan lengan?

Kebanyakan daripada kita menginginkan lengan yang kurus dan cantik agar lebih berkeyakinan dalam menunjukkan personaliti diri. Namun, dengan peningkatan umur seseorang, ia bukanlah perkara mudah untuk mendapat dan mempertahankan saiz lengan yang ideal.

Senaman Kecilkan Lengan

  • Angkat berat

Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berhampiran. Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

  • Boxing

Lakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu membantu kordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

Aerobik merupakan antara cara yang paling sesuai untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘kincir angin’. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda.

  • Push-up

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kecil kerana ia boleh membentuk lengan anda. Ia mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Untuk mendapat keselesaan yang lebih, anda boleh lakukan di rumah sahaja!

Cara Lain Mengecilkan Lengan

Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Utamakan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik.

  • Minum banyak air

Air adalah penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tetapi jika anda meminum air secara berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk. Oleh itu, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah baik.

<< Ketahui cara mengecilkan perut dengan mudah dan cepat di sini.

Previous post

Cara Menghilangkan Selulit (Stretch Mark) Di Perut, Paha & Betis Dengan Cepat

Next post

Jom, Melawat Tempat-Tempat Menarik Di Vietnam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *