SenamanSihat

Ketahui Fungsi Sebenar Senaman Kegel

kenali senaman kegel - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Senaman Kegel. Tahukah anda manfaat dan fungsi sebenar senaman kegel ini.

Senaman kegel bukanlah senaman yang asing pada masyarakat kita. Malahan ia adalah senaman yang popular di kalangan wanita, terutama buat mereka yang sudah berkahwin dan baru lepas bersalin.

Senaman ini menjadi pilihan ramai wanita, namun jarang dibicarakan secara umum. Ini adalah kerana ia masih tabu dan ramai wanita berasa malu untuk membicarakannya walaupun sesama sendiri. Mungkin kerana ia melibatkan bahagian sulit wanita dan mereka merasakan ia tidak perlu diperkatakan secara terbuka.

Senaman ini dikenali sebagai senaman kegel bersempena dengan nama pengasas yang memperkenalkan senaman ini, iaitu Dr. Arnold Kegel.

Apa Itu Senaman Kegel?

Senaman kegel ialah senaman yang menguatkan otot pelvis. Otot pelvis terdiri daripada beberapa otot yang boleh menggerakkan bahagian punggung dan pangkal kaki. Otot ini menampung bahagian peranakan (uterus), pundi kencing (bladder) dan amat jarang diberi perhatian, selain sesekali berurut atau bersengkak.

Di dalam kumpulan otot ini lah terletaknya bahagian sulit wanita iaitu otot vigina. Kebanyakan wanita mengalami masalah kelemahan otot pada bahagian sulit. Punca kepada kelemahan otot pada bahagian tersebut adalah kerana faktor usia, melahirkan anak, obesiti ataupun keturunan.

 

Baca Juga: Vagina Longgar

 

Fungsi Senaman Kegel

Pelbagai kebaikan dan faedah apabila anda konsisten melakukan senaman kegel. Antaranya ialah:

1. Mengatasi Masalah Membuang Air Kecil

Wanita pasti sering akan menghadapi masalah ini, terutama mereka yang sedang sarat mengandung dan selepas bersalin. Antara masalah yang sering dialami ialah terbuang air kecil secara tiba-tiba sewaktu terbatuk atau terbersin.

Senaman ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.

 

2. Meningkat Kualiti Hubungan Kelamin

Mungkin sebelum ini, ramai wanita yang malu untuk mengakui bahawa mereka mempunyai masalah ketidakpuasan dalam hubungan kelamin bersama pasangan kerana masalah vagina yang tidak ketat, terutama bagi mereka baru selepas bersalin.

Melalui senaman ini, ia mampu menguatkan otot vagina anda supaya lebih mantap dan mencengkam, sekaligus akan membuatkan kualiti seks anda bersama pasangan menjadi lebih baik.

3. Mengurangkan Masalah Senggugut

Senaman kegel ini juga dipercayai dapat mengurangkan masalah senggugut yang sering dialami oleh wanita apabila mereka datang bulan. Senggugut mungkin juga disebabkan kelemahan otot pada vagina ketika pendarahan semasa datang bulan.

Apabila melakukan senaman kegel, ia mampu membantu menguatkan kembali otot vagina anda yang lemah itu memandangkan senaman ini menguatkan bahagian pelvis anda.

 

Baca Juga: Kemaluan Wanita

 

4. Mengatasi Masalah Peranakan Turun

Masalah ini sering terjadi kepada wanita yang sedang mengandung. Antara punca kepada masalah peranakan turun ialah apabila wanita mengandung itu mengangkat  berat atau bebanan. Selain itu, aia juga mungkin disebabkan oleh otot pada rahim yang tidak kuat.

Senaman kegel secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini kerana ia bukan sahaja menguatkan vagina, malah ia juga merapatkan otot rahim anda.

 

Cara Melakukan Senaman Kegel

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan senaman kegel. Anda boleh melakukannya melalui pelbagai cara iaitu secara duduk, berdiri mahupun berbaring.

Tahan nafas ketika melakukan senaman kegel. Cuba kemutkan faraj anda ketika hendak membuang air kecil (elakkan melakukkan selalu kerana boleh mengakibatkan kencing tidak lawas) atau ketika pundi kencing anda kosong.

Tahan sehingga kiraan 10 dan kemudian lepaskan ia seperti biasa. Ulangkannya sebanyak 25 kali dalam satu sesi dan tiga kali dalam sehari. Jika anda mampu membuang air tanpa menggerakkan kaki, itu bermakna otot pada pangkal rahim anda sudah cukup kuat.

 

Baca Juga: Punca Kanser Rahim

 

# Lakukan senaman ini secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan. Jika masih dibelenggu masalah yang sama, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor  sakit puan untuk mendapat nasihat yang sewajarnya.

Senaman kegel jelas dapat membantu mengatasi masalah sakit puan yang sering melanda pada wanita. Sebagai wanita, anda disarankan melakukannya. Bukan setakat untuk kepuasan sendiri, tetapi juga demi kesihatan bagi memastikan anda kekal sihat dan terus bahagia dalam kehidupan.

 

Nota Kaki: SHARE artikel bermanfaat ini dengan kawan-kawan anda.

<< Jom ketahui cara bagaimana hendak kecilkan pipi tembam di sini

Previous post

Penyebab Dan Bahaya Hasad Dengki

Next post

Bila Manusia Hanya Menghargai Sesuatu Setelah Kehilangan...

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *