SenamanSihat

5 Kebaikan Bila Anda Aktif Buat Tarian Zumba

tarian zumba - woman online magazine

Kredit : zumba

Anda suka bersenam? Pernah buat Tarian Zumba atau senamrobik Zumba yang cukup popular tu?Tarian Zumba yang dikolaborasikan antara hip hop, soca, samba, salsa, meringue, mambo dan seni bela diri ini memang cukup unik.

Gerakanya yang sangat ‘rhythmic’ (berirama), namun tidak terlalu memaksa kemampuan peribadi seseorang. Biarpun ada yang menganggap kelas Tarian Zumba ini agak berat, namun ramai yang tetap menyukai aktiviti yang menyihatkan tubuh ini.

Berikut beberapa manfaat Tarian Zumba buat kesihatan anda:

  1. Turunkan Berat Badan

Jika anda mempunyai kelebihan berat badan, elok anda menyertai kelas Tarian Zumba. Ia mampu membakar kalori dan lemak.Ketika anda melakukan Tarian Zumba, kadar lemak akan jadi menurun dan posisinya akan digantikan oleh kalori tubuh.Ini adalah kerana gerakan tarian ini membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan mengikis lemak yang berkumpul di dalam tubuh Anda.Hasil akhirnya berat badan anda akan turun.

  1. Menguatkan Otot Tubuh

Andakah anda berasa tubuh seperti lemah dan tidak bermaya? Jika ya, anda perlu cuba Tarian Zumba! Gerakan Tarian Zumba inimelibatkan kerja otot, sehingga mampu menguatkan lengan, pinggang, kaki serta meratakan perut.Melalui gerakan Tarian Zumba juga, seluruh tubuh dan otot tubuh anda bekerja secara sempurna.Biarpun anda akan berasa sedikit penat, namun anda  puas. Senaman ini benar-benar memuaskan seluruh tubuh anda untuk bergerak sesuai dengan iramanya.

  1. Mengusir Stress

Tarian Zumba mampu membuatkan anda bahagia. Gerakannya sentiasa akan membuatkan anda selalu tersenyum. Jika anda tersenyum, hormon dalam tubuh akan mengalir laju dari kelenjar ‘pituitary’. Hormone tersebut juga mampu menangkis tekanan dan stress.

  1. Awet Muda

Ketika anda melakukan Tarian Zumba,semua otot anda akan bergerak.Bukan hanya otot di tubuh anda, bahkan juga di wajah anda.Ketika anda tersenyum dan ketawa, otot wajah anda bergerak lebih banyak. Inilah yang membuatkan anda boleh nampak  awet muda selalu.

  1. Menyegarkan Fikiran

Tarian Zumba mampu membuatkan anda menjadi lebih sihat.Ketika anda menari, otot jantung akan mengepam darah ke seluruh tubuh dan melakukan pertukaran darah dari seluruh tubuh yang kembali ke jantung dengan cepat. Akibatnya peredaran darah di otak juga menjadi lebih cepat. Otak segera mendapatkan oksigen yang lebih banyak kerana darah bersih dari jantung yang membawa oksigen, secara tak langung ia membuatkan fikiran anda menjadi lebih segar daripada sebelumnya.

<< Ketahui cara memecahkan lemak yang ada di tubuh dengan berenang di sini.

 

 

 

Previous post

Jika Muka Anda Bulat,Baca Tips Ini...

Next post

Hilangkan Bekas-Bekas Jerawat Dengan Khasiat Buah Anggur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *