Tips Hilangkan Selulit Dengan Mudah & Berkesan
Kredit : claudiacorrea
Cuba menyingkirkan selulit yang tidak menjadi boleh membuatkan ramai wanita berasa kecewa. Ini adalah kerana selulit boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang wanita.Selulit merupakan daging yang terkumpul yang terbentuk disebabkan oleh kelebihan lemak pada suatu bahagian organ tertentu.
Bahagian tubuh yang sering mengalami selulit adalah di leher, paha dan perut hingga pinggang. Selulit juga boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa batasan usia dan jantina. Baik lelaki mahupun wanita, tua ataupun muda semuanya boleh mengalami masalah selulit.Malahan selulit akan membuat kulit kehilangan keanjalannya. Akhirnya, struktur sel kulit akan menjadi lemah.
Ketika anda berhasrat untuk menghilangkan selulit, ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan.Pastikan anda memilih cara hilangkan selulit itu dengan betul dan sihat. Sebaiknya guna cara semulajadi untuk hilangkan selulit. Hilangkan selulit dengan teknik atau cara semulajadi ini lebih murah dan menyihatkan.
Penyebab Selulit
- Disebabkan kelebihan berat badan, sehingga lemak timbul di mana-mana bahagian tubuh dan menjadi gagal untuk dihilangkan.
- Faktor hormon. Wanita mempunyai hormone yang berbeza daripada lelaki dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih cantik. Disebabkan bentuk tubuh wanita yang cukup unik itu, ia mudah sekali menjadi sarang selulit di mana-mana bahagian tubuh.
- Selulit biasanya muncul ketika waktu subur dan sering wujud ketika wanita sedang mengandung.
- Kada estrrogen pada ketika wanita haid, sesudah ataupun sebelumnya juga boleh menjadi faktor penyebab datangnya selulit.
- Pola makan yang tidak baik.
- Gaya hidup yang tidak sihat.
- Kurang bersenam.
Bahagian Tubuh Yang Biasanya Menjadi Sarang Selulit
Berikut adalah beberapa cara hilangkan selulit secara semulajadi yang boleh anda cuba:
Bersenam merupakan salah satu cara terbaik untuk hilangkanselulit. Cara ini lebih murah dan menyenangkan.Tetapi, pastikan anda melakukan senaman yang sememangnya bermnafaat untuk memperbaiki kawasan atau bahagian tubuh yang terkena selulit. Senaman harus dilakukan tiga kali seminggu selama 30 minit.Jenis senaman yang boleh membantu hilangkan selulit adalah senaman jenis kardiovaskular.Selain dapat hilangkan selulit, senaman jenis ini juga baik untuk membakar kelebihan lemak di tubuh.
Diet atau makanan yang sering dimakan menjadi faktor utama penyebab selulit. Kebanyakan orang mendapatk selulit kerana makanan yang dimakan mengandungi banyak racun (pengawet, perasa buatan) dan terlalu banyak lemak, khususnya lemak tepu.
Selulit boleh dihilangkan dengan perubahan diet iaitu dengan pengambilan makanan yang mengandungi sedikit lemak, khususnya lemak tepu.Ini bermakna makanan seperti ‘fast food’ dan bergoreng harus dihindari.Bukan itu sahaja, segala jenis makanan yang diproses juga mesti dihindari.Sebaliknya,perbanyakan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.
- Krim Selulit
Krim selulit boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk hilangkan selulit.Kini terdapat banyak krim selulit untuk hilangkan selulit yang dijual di pasaran, namun pilihlah krim anti selulit yang diperbuat atau mengandungi banyak bahan alam semulajadi bagi meminimumkan efek sampingan.
Teh hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan kuat, yang boleh membantu anda menjaga kesihatan dan mencegah selulit. Teh hijau dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sehingga mengurangkan timbunan lemak. Menjaga berat badan adalah salah satu cara yang terbaik untuk hilangkan selulit.
Lakukan urutan pada bahagian tubuh yang mengalami selulit. Urut boleh menjadi alternatif untuk hilangkan selulit.Berurut akan membuatkan perjalanan darah dalam tubuh anda menjadi semakin lancar sehingga kulitpun menjadi lebih anjal.
<< Ketahui kebaikan makan tempe di sini.
No Comment