Aku & DiaRomantika

10 Perangai Perempuan Yang Paling Lelaki Meluat!

Perangai Perempuan - woman online magazine

Kredit : jamiiislam

Perangai Perempuan.Perangai perempuan memang ada macam-macam.Namun, setiap wanita selalu berharap agar menjadi wanita yang seratus peratus di hati setiap lelaki yang dicintai.

Untuk terus kekal dicintai si dia/suami, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan perangai perempuan yang tidak disukai lelaki yang perlu anda fahami. Jika tidak dikawal, anda bakal termasuk dalam kategori wanita yang tidak memenuhi tahap untuk menjadi kekasih atau isteri yang baik.

 

Berikut adalah 10 perangai perempuan yang tidak disukai lelaki dari wanita yang perlu anda berikan perhatian.

 

  1. Anda berpura-pura mengatakan tidak ada apa-apa, padahal di dalam hati sudah terang-terang menunjukkan anda tidak menyukainya. Walaupun sudah mengatakan tak ada apa-apa, namun kemarahan tersebut jelas ketara.

 

Baca Juga: Cara Sihat Kawal Rasa Marah

 

  1. Selalu merasakan diri anda yang betul dan ada sering menyalahkan orang lain setiapkali permasalahan terjadi.

 

  1. Selalu mengancam atau menggugut untuk memutuskan perhubungan atau bercerai.

 

  1. Sengaja membesar-besarkan masalah ataupun berbohong untuk membuatkan si di/suami bimbang.

 

Baca Juga: Alasan-Alasan Lelaki Curang

 

  1. Selalu mengungkit masalah yang sudah lama berlalu. Satu masalah sahaja boloh diungkit sehingga 10 kali. Paling teruk lagi, jika masalah tersebut tak ada hubungannya sama sekali dengan pertengkaran yang terjadi.

 

  1. Selalu mengkritik setiapkali membeli barang dan membuatkan si dia/suami merasakan anda adalah wanita yang paling cerewet dan cukup merimaskan.

 

  1. Selalu tidak melihat situasi yang tepat untuk berbicara, terus sahaja bergaduh dan bersikap ‘kepala batu’ serta enggan mengalah sekalipun pertengkaran tersebut sebenarnya berpunca daripada sikap anda sendiri.

 

Baca Juga: Kata-Kata Janji

 

  1. Suka berkongsi masalah atau bercerita apa yang sedang berlaku di antara anda dengan si dia/suami pada orang lain. Anda langsung tidak menjaga maruah si dia/suami di mata orang lain.

 

  1. Selalu membuang waktu untuk bersolek ketika mahu keluar, sekalipun hanya untuk membeli sarapan ataupun membuang sampah. Anda tetap nak pakai bulu mata palsu ataupun maskara!

 

10. Ketika bertengkar terus sahaja update status di media-media atau tukar profil gambar semata-mata untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati anda.

 

Baca Juga: Punca Perang Dingin

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui 6 alasan lelaki curang di sini.

Previous post

Cara Hias Bilik Tidur Sempit

Next post

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *