9 Punca Wanita Curang Dengan Suami
Kredit Foto: healthydunia
Wanita Curang. Alam perkahwinan itu memang indah, namun kecewa tatkala mengetahui isteri anda menjadi wanita curang memang cukup menyakitkan hati dan melukakan perasaan.
Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta akhirnya musnah kerana kecurangannya. Namun, pernah anda terfikir kenapa si dia curang? Apakah selama ini anda tidak mampu memberikan kebahagian kepada dia? Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Bahayanya!
Sebab Wanita Curang
1. Masalah Kewangan
Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Isteri akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku sehingga memilih untuk menduakan suaminya.
Baca Juga: Suami Pemalas
2. Balas Dendam
Kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan suami akan menjadi dendam. Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas semula apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.
Jika tiada persefahaman, kerap bergaduh untuk hal yang remeh dan gemar melukakan hatinya, wanita akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain.
4. Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya
Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Jadi tidak hairanlah, jika isteri yang sanggup mencari peneman di laman sosial di kala kesunyian.
5. Naluri Liar
Seperti lelaki, kaum wanita juga sebenarnya mempunyai naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Fikirkan ya.
6. Suami Mementingkan Diri
Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri anda terluka. Cuba belajar untuk menghargai dirinya.
7. Terlalu Ego
Cubalah buang sedikit perasaan ego dan sesekali anda pula beralah demi menjaga hati orang tersayang. Tak bawa ke mana sebuah hubungan itu jika ego terlalu tinggi.
Baca Juga: 15 Titik Ghairah Lelaki
Rata-rata lelaki sebenarnya mengambil remeh tentang ini. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah pada awal perkahwinan sahaja ada rasa ‘geram’ dekat isteri, tetapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.
Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja dan dipuji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja ataupun kenalan barunya.
Tips Elak Wanita Jadi Curang
- Berpenampilan Menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.
Hargailah isteri, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.
- Waktu Hanya Berdua
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh namun waktu romantis hanya untuk anda berdua cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
- Dapatkan Nasihat Kaunselor
Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor sekiranya hubungan anda menghadapi masalah yang sukar diatasi. Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda perlu harapkan?
Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.
- Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
Sekiranya isteri anda curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segalanya terlambat. Jadikan teman-temannya sebagai teman anda sendiri.
- Berwaspada
Jika anda mengesan isteri anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlaku lebih lama jika dia berasa jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.
Kesimpulan
Curang bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.Sama ada bagi suami mahupun isteri. Bawalah berbincang bersama dan nilai semula diri masing-masing. Yang paling penting saling memahami dan saling bertolak ansur. Pastinya rumahtangga anda kekal bahagian hingga ke akhir hayat.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
<< Ketahui tips elak anda dan si dia daripada bergaduh setiap hari di sini.
No Comment