Oh! LelakiRomantika

5 Rahsia Hati Seorang Lelaki

Hati Seorang Lelaki - woman online magazine

Kredit Foto: kamalsyarifsaid

Hati Seorang Lelaki Perlu Anda Fahami. Namun, membaca karakter seseorang tidak semudah seperti membaca buku.

Adakalanya perlukan masa bertahun-tahun untuk mengenal sifat dan karakter orang lain. Jangankan orang lain, si dia yang sentiasa mendampingi kita pun adakalanya masih menyimpan begitu banyak rahsia tentang karakter dirinya.Sungguhpun begitu, jangan berputus asa.

Anda masih boleh mengetahui keperibadian si dia yang anda sukai dengan menilai hatinya melalui apa yang telah terjadi di antara kalian. Semak

 

1. Si Dia Sengaja Minta Putus

Ada tak anda perasan dengan sikap si dia yang nampak pelik sejak kebelakangan ini. Kalau ada, lebih baik berjaga-jaga. Mungkin si dia dah mula rasa kurang selesa dengan anda atau terdapat orang ketiga di sebaliknya!

Lelaki sebenarnya sukar meminta putus, tapi selalunya akan memberi tanda-tanda seperti bersikap dingin dan kurang memberi perhatian sehinggalah anda sendiri yang meminta putus. Tapi perlu tahu juga kenapa dia begitu. Boleh jadi sikap anda yang membosankannya.Perhatikan juga kalau-kalau si dia sering marah-marah tanpa sebab yang pasti. Itu juga antara tanda-tanda si dia mahu minta putus.

 

Baca Juga: Suami Pemalas

 

2. Lelaki Juga Ada Rasa ‘Nervous’

Walaupun anda melihat lelaki sebagai makhluk yang ‘sado’ dan extrovert, jangan tak percaya, mereka juga turut nervous berhadapan dengan gadis idamannya. Apatah lagi bila mereka cuba mengurat gadis tersebut. Pasti dup-dap-dup-dap jantungnya.Lelaki akan lebih nervous ketika menunggu keputusan daripada anda. Kalau si dia menggunakan cara klasik iaitu berbalas surat, lagilah si dia berdebar menunggu balasan surat.

 

3. Pantang Menyerah Kalah

Tak ada salahnya kalau anda bermain tarik tali dengan lelaki yang anda sukai. Dengan membiarkan lelaki menunggu begitu, mereka akan lebih gigih cuba mendapatkan anda. Bagi mereka, wanita yang ‘jual mahal’ ini lebih bernilai dan pasti susah juga dilepaskan nanti.Kalau pun mereka tak berjaya mendapatkan anda, apa yang pasti dalam hatinya akan selalu ada anda,

 

4. Serasi Atau Tidak

Jika anda tengok lelaki yang menyukai anda bersikap gila-gila atau kebudak-budakan, itu maknanya dia cuba menyesuaikan diri dengan anda. Bukan tak serius tau!Mungkin mereka mahu melihat adakah betul-betul wanita yang serasi bersama atau hanya sesuai berkawan sahaja.

 

Baca Juga: Lelaki Pilihan

 

5. Lelaki Juga Mahu Didengari

Bukan wanita saja yang suka meluah perasaan tentang lelaki kepada sahabat. Hakikatnya, lelaki juga begitu. Lagi-lagi kalau hatinya sudah tak tertanggung lagi menahan resah. Tapi lelaki yang mengadu masalah percintaan mereka kepada wanita akan kelihatan lebih cute.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini.

<< Ketahui rahsia tahi lalat si dia di sini.

 

 

 

 

 

 

Previous post

6 Faktor Dapat Anak Kembar

Next post

6 Khasiat Utama Minyak Kelapa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *