SajiSelera

5 Makanan Sihat Untuk Anak

makanan sihat buat anak - women online magazine

( Gambar ini hanayalah sebagai hiasan sahaja )

Pasti anda sebagai ibu pentingkan makanan sihat anak anda. Jom ketahui 5 makanan sihat untuk anak di sini..

Kanak-kanak perlu dididik untuk mengelak makanan yang tinggi kalori, kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet. Sebagai ibu bapa, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemak atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.

Sebenarnya, ada banyak makanan berkhasiat yang digemari oleh kanak-kanak, cuma ramai ibu bapa tidak mengambil berat untuk menerangkan atau menjadikan menarik kepada anak-anak mereka bahawa makanan tersebut perlu lebih diutamakan. Antaranya ialah, seperti berikut;

  • SUSU UNTUK ANAK ANDA

Membekalkan khasiat dan nutrien yang mencukupi. Apabila anak-anak lahir, ibu seharusnya membekalkan susu badan supaya mereka mendapat segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh.

Susu badan adalah perlu dan wajib! Ia adalah hak setiap bayi yang lahir ke dunia ini untuk susu dari ibunya sendiri. Penyusuan ibu adalah asas pemakanan yang sihat sehingga kanak-kanak berusia 2 tahun.

Anda boleh berhenti menyusu selepas anak berusia setahun. Ia bergantung pada anda sendiri kerana susu yang anda berikan mampu melahirkan anak yang sihat daripada segi fizikal, mental dan sosial.

  • YOGURT BUAT ANAK ANDA

Selain susu, kanak-kanak juga sukakan yogurt yang kaya dengan kalsium. Sebaiknya, pilih yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk anak anda.

Buah-buahan yang mengandungi vitamin, fiber dan rendah kalori juga sebenarnya digemari kanak-kanak. Sungguhpun begitu ramai ibu bapa tidak menyediakannya di rumah sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak.

Sebaliknya ramai lebih gemar menyimpan kerepek, keropok, biskut lemak dan pelbagai makanan ringan lain yang tidak berkhasiat untuk anak-anak.

  • MAKANAN ROTI UNTUK ANAK ANDA

Kebanyakkan kanak-kanak menggemari roti, ibu bapa pula perlu memastikan mereka menikmatinya dengan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Contohnya, mentega kacang berbanding mentega krim dan keju.

Mentega kacang juga tinggi kandungan lemaknya, tetapi kebanyakkan lemak tersebut adalah lemak mono dan poli tidak tepu yang lebih sihat berbanding lemak tepu. Selain menikmati roti mentega kacang, sandwich juga menjadi kegemaran mereka.

Ibu bapa boleh menyediakan sandwich dengan sayuran salad, tomato dan tuna untuk mendapatkan khasiat protein, omega 3 dan vitamin di dalam permakanan anak-anak anda. Boleh juga menggunakan roti gandum untuk menambahkan lagi khasiatnya.

  • PERMAKANAN BISKUT

Kanak-kanak juga sukakan biskut. Peranan ibu bapa dalam memastikan mereka makan makanan yang lebih sihat ialah menyediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat-zat lain.

Anda boleh membuat biskut bersama anak-anak agar mereka fahami kandungan yang anda gunakan didalam masakan. Mereka akan memahami dan juga menggemari biskut yang dibuat oleh anda yang penuh dengan kasih sayang.

  • TIADA MAKANAN RINGAN UNTUK ANAK ANDA

Bentuk makanan berkhasiat yang disediakan dalam permakanan perlu dilakukan bagi menggalakkan si kecil menikmati makanan seimbang yang baik untuk tubuh badan. Wujudkan juga undang-undang yang tiada makanan ringan di dapur anda.

Satu lagi aspek, yang perlu ditekankan dalam diari pemakanan anak-anak ialah pengambilan sarapan pada setiap pagi sebelum mereka ke sekolah. Selain itu juga, memupuk anak-anak agar meminum susu secukupnya.

Sediakan buah-buahan buat anak-anak untuk dijadikan makanan ringan di rumah anda. Jika anak anda lapar mereka akan membuka peti sejuk untuk memakan buah-buahan yang sudah siap dipotong dan dicucuk dengan garpu berwarna warni di dalamnya.

Permakanan mengikut sunnah juga boleh diamalkan seperti madu, kismis, zaitun serta kurma. Madu amat baik untuk sistem imunisasi badan sebagai antibodi. Kismis telah lama disarankan dalam islam, untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Menurut kajian, makanan kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa, jika anda ibu yang menitikkan kesihatan. Sudah seharusnya amalkan permakanan sayur-sayuran dan juga buah-buahan dari anak anda kecil sehinggalah dewasa supaya mereka sihat dan cerdas.

<< Jom ketahui makanan untuk bayi 7 bulan ke atas di sini

Previous post

Resepi Biskut Oat

Next post

Hukum Mewarna Rambut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *