Anak Tak Selera Makan ?
Nak tahu kenapa anak tak selera makan? teruskan pembacaan anda di sini…
Anda usah risau, di sini kami ada tips untuk anak anda kembali selera ketika berada di meja makan. Disini ada penyelesaiannya untuk menangani masalah anak tak selera makan.
Menurut Dr Emilie G Flores, bagi kanak-kanak, makanan yang baru atau tidak pernah dilihat adalah sesuatu yang menakutkan. Jadi ibu-ibu kena memahami situasi yang dihadapi oleh anak anda.
Jadi antara symptom anak tak selera makan adalah:
i. Anak makan terlalu sedikit.
ii. Ibu mengambil masa yang lama untuk memujuk anak supaya makan.
iii. Anak melakukan sesuatu untuk tidak makan seperti membaling sudu, memanjat keluar dari kerusi bayi, meronta-ronta, suka bermain ketika makan.
iv. Anak sentiasa menolak jika disuapkan makanan yang berasaskan sayur.
Antara tips untuk mengajak anak makan adalah :
01. Sediakan menu kegemaran anak-anak.
02. Hadiahkan anak dengan sesuatu yang memberi manfaat kesihatan seperti buah kegemaran, susu kegemaran atau snack yang di sukai anak-anak.
03. Reka sesuatu yang menarik minat anak ketika makan seperti bentuk senyum, kapal atau pun kereta.
04. Peruntukkan waktu makan bersama dengan anak setiap hari.
Nota: ibu boleh tukar tempat makan selain berada di meja makan. Contohnya: di halaman rumah, di taman permainan, di depan televisyen atau tempat-tempat yang menarik.Ini kerana mereka akan leka memerhatikan sesuatu dan akan makan apa sahaja yang disuap. Tidak percaya, cuba lah nanti.
05.Jika anak sudah boleh bercakap dan faham, ceritakan kebaikan makanan yang di makan setiap hari.
Jadi, di sini kami sediakan masakan yang amat mudah, yang diubah suai supaya anak-anak anda mendapat protein yang tinggi dan sihat.
{ Roti Oat Dengan Telur Scramble Bersayur }
• Hidangan: 2 orang
• Kandungan Nutrien: Tenaga 268kcal, 31g karbohidrat, Protein 15g dan lemak 10g.
•Bahan-bahan;
4 keping roti oat (dibakar)
3 biji telur
1 sudu mentega tanpa garam
50ml susu rendah lemak
½ biji bawang merah kecil (dicincang)
¼ lada benggala hijau (dipotong dadu)
50g cendawan butang dalam tin (dipotong kiub)
1 biji tomato di buang biji (dipotong kiub)
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
½ daun kucai (dicincang halus)
Cara Penyediaan:
i.Di dalam mangkuk sederhana kecil, pecahkan 3 biji telur dan di campur 50ml susu rendah lemak, secubit garam, serbuk lada hitam sehingga sebati. Letakkan lada benggala, bawang, cendawan, tomato dan juga kucai.
ii.Cairkan mentega di dalam kuali, di atas api sederhana perlahan. Tuangkan campuran telur dan kacau, sehingga telur hampir masak, anggaran 3-5 minit.
iii.Hidangkan bersama roti oat yang di bakar tadi, boleh sapukan marjerin ke atas roti juga.
Itu sahaja perkongsian dari Women Online Magazine, semoga ianya dapat membantu anda dalam menguruskan anak anda.
<< Anda berminat untuk tahu mengenai petua anak bijak menulis
No Comment