Biskut Suji Arab
Biskut Suji Arab adalah antara biskut Raya paling mudah untuk dibuat.
Bahan-bahan yang diperlukan bagi proses membuat Biskut Suji Arab sangat ringkas dan tidak memerlukan modal yang besar. Cara mengolahnya juga amat mudah.Tidak perlukan waktu yang terlalu lama untuk menyiapkannya. Jadi, anda tak akan rasa penat atau stress sepanjang proses membuatnya. Selamat Mencuba!
Berikut Resepi Biskut Suji Arab:
Bahan-bahan yang diperlukan:
500 gm tepung gandum
200 gm gula kastor
250gm minyak sapi
Buah ceri – sebagai hiasan
Cara Membuatnya:
- Gaulkan semua bahan.
- Bentukkan ia bulat-bulat.
- Letak ceri di atasnya sebagai hiasan.
- Bakar selama 12 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 darjah Celsius.
- Ok, biarkan sejuk seketika dan barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Foto: sekadar gambar hiasan
<< Keenakan Kek Coklat Kukus Super Sedap ini memang tiada tandingannya. Semak resepinya di sini.
Related Posts
Tags:Biskut Suji Arab
No Comment